Terkini Arrahnu Bank Rakyat

rms_logo

Produk

Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim:
  1. Skim Ar-Rahnu
  2. Skim Az-Zahab

Tujuan

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
  • Menghapuskan unsur ‘riba' dalam urusan pajak gadai
  • Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

Had Pinjaman

Skim Ar-Rahnu
65% atas nilai marhun atau minimum RM100.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.
Nota: Jumlah maksimum pinjaman yang boleh diberi bagi setiap gadaian ialah 65% atas nilai marhun atau maksimum RM 10,000.00
Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara diberikan kepada Pengurus Kedai untuk meluluskan pinjaman di bawah RM100.00.
Skim Az-Zahab
75% atas nilai marhun atau minimum RM 10,001.00 dan maksimum  RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.
Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change juga ialah bayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa had atau tetapan. Tempoh Gadaian juga boleh dipanjangkan mengikut perundingan.


Kiraan Ar-Rahnu

Tatacara pengiraan bagi Ar-Rahnu adalah seperti di dibawah: -
Pengiraan upah simpan dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula berikut:
US  =  NM  X  (K/100)  X  12  X   (T/365)
US
Upah Simpan
NM
Nilai Marhun
T
Tempoh ( hari)
K
Kadar
Contoh 1
Nilai Marhun
=
RM 1,200.00
Jumlah Pinjaman
=
RM  780.00 (65% atas nilai marhun)
Tarikh Gadaian
=
15 Julai 2009
Tempoh
=
180 hari ( 6 Bulan)
Tarikh Matang
=
15 Januari 2010
Kadar Upah Simpan
=
RM 0.65

No comments:

Post a Comment

komen anda atas tanggungjawab sendiri