Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa

Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)


Fatwa Pelaburan Emas

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:


Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.


20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adahdari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Kelebihan Dealer PG

1.Anda akan dapat komisyen jualan 1- 2%
Contoh – Anda beli 1 ketul jongkong 20Gram,Harga Semasa RM3037.Komisyen anda ialah RM3037 X 1.5% = RM45 2.Anda juga akan dapat keuntungan belian balik 5-6%
Contoh -
OOO KEUNTUNGAN AGEN PUBLIC GOLD.
Harga belian balik ialah jika rakan anda ingin jual balik emas kepada anda.Anda beli emas rakan anda dengan harga We Buy mengikut harga semasa di atas.Kemudian anda jual semula kepada rakan lain dengan harga We Sell.Inilah yang dinamakan untung belian balik 5-6%.
3.Anda juga boleh menjana keuntungan walau tidak menjual emas.
Contoh – Mudah saja,iaitu harga emas memang sudah diketahui sejak dahulu harganya sentiasa naik.Oleh itu dari kenaikan harga emas walau anda tidak menjual sekalipun anda boleh jana untung.
4.Anda membuat untung lebih dari harga rendah.
Contoh – Anda selalu memerhatikan carta naik turun harga emas.Apabila anda lihat trend emas membuat penurunan harga ,anda beli banyak stok emas.Kemudian dengan stok tadi anda jual semula kepada rakan2 apabila harga sudah tinggi.(Capital Gain)
5.Anda membuat untung dengan cara Gadaian.
Contoh – Ketika harga emas membuat penurunan,anda gadai emas anda.Wang hasil gadaian tadi anda beli stok emas baru dan simpan.Apabila trend emas kembali naik ,anda boleh jual semula pada rakan2 anda emas tadi untuk meraih keuntungan.

Emas Palsu

HONG KONG: Ramai peniaga barang kemas dan pemilik kedai pajak gadai mengalami kerugian besar gara-gara penipuan satu sindiket canggih.
Financial Times melaporkan, kejadian itu adalah ‘satu daripada penipuan paling licik dalam pasaran emas Hong Kong sejak beberapa dekad lalu’.

Ia berlaku ketika emas hampir mencatat harga tertinggi, iaitu kira-kira RM4,400 seauns (28 gram). Menurut sumber, penipuan itu sangat sukar dikesan.
“Peniaga emas dan pajak gadai di Hong Kong mengesan sekurang-kurangnya 5.7 kilogram emas tiruan - bernilai RM882,699 di pasaran - sepanjang tahun ini,” katanya. - AFPEmas

Adakah Anda Menyesal Membeli Perak?

Jom kira kenaikan harga emas dan perak. Mesti ada tak sabar ambil kalkulator tu. Takpe-takpe admin kirakan juga di sini khas untuk pembaca semua.
% kenaikan harga emas 100g  = ( RM 15473-RM 13022 )/( RM 13022 ) * 100 = 18.82 %
% kenaikan harga silver  1kg  =  ( RM 4278-RM 2296 )/( RM 2296 ) * 100 = 86.32 %

Fikirlah Sendir..i

7 Perkara yang Perlu Anda tahu

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.
1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas Emas”.

Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya

3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah   2.Hartanah   3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes  5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

Buat pilihan yang terbaik

5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!
6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan  di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.

Sokonglah matawang sunnah Islam

7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas ada.
Sekian dahulu dari saya..jumpa lagi

Bagaimana pula sekiranya kos menunaikan haji terus meningkat dan subsidi oleh kerajaan ditarik??

 

Bagaimana pula sekiranya kos menunaikan haji terus meningkat dan subsidi oleh kerajaan ditarik??

Berdasarkan sebelum ini.. Purata kos menunaikan haji adalah sebanyak RM 9 118 dan ini adalah kos selepas subsidi oleh kerajaan… Kos menunaikan haji pada tahun 2011 adalah RM 9 980 dengan subsidi sebanyak RM 4 360.. manakala kos subsidi pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 3 060.. sumber dari…

maka kos sebenar adalah lebih kurang RM 15,000..


Apa jadi kalau kos semakin meningkat?? Kemudian kerajaan pula tidak mampu lagi untuk memberi subsidi??
  • Masa yang diperlukan lebih lama untuk mengumpul RM bagi menunaikan haji
  • Ada kemungkinan tidak sempat untuk menunaikan haji dek kerana RM tidak pernah cukup untuk menampung kos keseluruhan akibat kenaikkan kos yang melambung.
Jadi pada hemat saya.. kita tukar terus kos semasa dalam RM kepada dinar dan simpan sahaja bilangan keping dinar tersebut sehingga hari kita dijemput untuk menunaikan ibadah haji tersebut.. InsyaAllah.. Pada bila – bila masa juga kita mampu untuk menunaikan ibadah haji dengan hanya menyimpan bilangan keping tertentu dinar..
Bagaimana caranya??
Jom kita kira.. Sama ada betul atau tidak.. Ambil tahun 2010 dan 2011 sebagai contoh.. sebab tu sahaja data semasa yang saya ada sekarang..
Kos 2010 (dari kiraan sebelum ini) = RM 9 675
Subsidi = RM 3 060
Jumlah = RM 12 735
Harga 1 Dinar pada 2010 = RM 645
Kos dalam Dinar 2010 = RM 12 735 / RM 645 = 19.74 Dinar..
Kos 2011 = RM 9 980
Subsidi = RM 4 360
Jumlah = RM 14 340
Harga Dinar 2011 = RM 778
Kos dlm dinar 2011 = RM 14 340 / RM 778 = 18.43 Dinar..
Nah… lebih kurang sama sahaja kosnya dalam dinar.. nak lebih selamat.. simpan sahaja 20 Dinar.. sudah cukup 20 Dinar.. tunggu sahaja masa untuk dipanggil oleh Allah ke rumah-Nya tu… Macam mana??
Maka dengan itu, marilah kita mula menyimpan dinar. Sekurang – kurangnya untuk keperluan menunaikan haji. Sekiranya kita dapat menyimpan secara berterusan dalam dinar, secara tidak langsung kita dapat melindungi nilai simpanan kita dari inflasi. Itulah kebaikan tentang emas. Ia kalis inflasi.
Kita dapat lihat dari contoh di atas, di mana apabila kita tukarkan nilai wang RM semasa kita pada dinar, kita dapat menunaikan ibadah haji pada bila – bila masa tanpa perlu risau tentang kenaikan kos menunaikan haji. Contoh untuk 2 tahun tersebut (2010 dan 2011) menunjukkan sejumlah lebih kurang 20 Keping Dinar Emas sahaja diperlukan bagi menunaikan ibadah haji untuk kedua – dua tahun tersebut. Ini bermaksud kita hanya perlu berusaha membuat simpanan sehingga 20 Dinar. Kemudian setelah cukup 20 Dinar, kita hanya perlu pilih tarikh yang sesuai untuk kita pergi menunaikan ibadah tersebut. Jangan lupa juga untuk berdoa agar dipanggil untuk menjadi tetamu agong Allah. InsyaAllah….

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas Fizikal

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca .  Saya harap teknik2 yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas. Semua tips2 ini saya perolehi dari sifu-sifu emas di Malaysia dan telah pun saya praktikkan. Selamat membaca!

TEKNIK PERTAMA :  Beli emas & Jual apabila harga naik.
Apa yang perlu anda lakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik biasa yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Anda sendiri tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan dari emas simpanan anda.
Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.
Ingin saya ingatkan para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana & panjang (setahun ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!

TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan & konsisten.
Kaedah ini memerlukan disiplin anda, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.
Tarikh Harga Belian
Tarikh Harga Belian
15/1/2009 1823.2 29/1/2010 2430.8
11/3/2009 2025.8 23/3/2010 2475.8
18/5/2009 2070.8 21/5/2010 2656
13/7/2009 2048.2 23/7/2010 2678.4
1/9/2009 2149.6 6/9/2010 2813.2
3/11/2009 2385.8 17/11/2010 3016
(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR)
Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah:
(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6478.44 !!
Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak22.67% !.
Jadi mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!
TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlaah yang paling maksimum.
Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:
Tarikh Harga Belian
Tarikh Harga Belian
15/1/2009 1823.2 x 15 = 27348 29/1/2010 2430.8
11/3/2009 2025.8 23/3/2010 2475.8
18/5/2009 2070.8 21/5/2010 2656
13/7/2009 2048.2 23/7/2010 2678.4
1/9/2009 2149.6 6/9/2010 2813.2
3/11/2009 2385.8 17/11/2010 3016
Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2080.71 bagi  setiap 20 gram jongkong emas.
Maka keuntungan anda ialah:
(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong = RM 21847.54 !!!
Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak40.38% !!.  Wow, macamana…banyak tak?
Jadi mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!
TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, anda boleh rujuk pada analisa saya, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.
Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang
menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.
Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Baiklah tanpa membuang masa, dibawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.
KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00
Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1
Oz ketika itu adalah RM2351.
Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .
Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?
Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4505.00 seunit
Jadi RM4505.00 x 8 keping = RM36,040.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM22,420!! dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata
pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!
rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas.
Sekarang saya akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur2 emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manupulasi Ar-rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.
Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step dibawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Jika masih belum ada, boleh la beli dengan saya (hehe..sempat promote lagi tu). Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di ar-rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksima kan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di ar-rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2@3 kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.
??

Proses pajak & beli emas fizikal.
TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang saya akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik diatas saya kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga!!. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:
Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!!
Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!!
Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!
Bagaimana melabur sambil berniaga?
Bagaimana melabur sambil berniaga?
Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan (jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.
Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my dan harga ini berubah setiap 20 minit.
Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
1. Komisyen jualan 1.5%
Anda akan mendapat komisyen jualan sebanyak 1.5% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisyen 1.5%.
Sebagai contoh, berdasarkan harga emas Public Gold diatas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057 + RM30 kos pengangkutan maka komisyen anda adalah RM210.85 sen (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).
2. Keuntungan belian balik diatara 5%-6%.
Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “We Buy” (lihat harga diatas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.
Sebagai contoh, Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan
membelinya pada harga RM13,354. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram
emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057 + RM30.
Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini. Best bukan?
3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula.
Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.

Perth perkenalkan siling emas gergasi


KETUA Pegawai Operasi Perth Mint, Ed Harbuz berdiri di sisi siling emas seberat lebih satu tan.


PERTH - Kilang duit siling Perth Mint di Australia semalam memperkenalkan sekeping duit siling emas yang didakwanya terbesar di dunia.
Siling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).
Sebelah siling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II.
Siling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang akan dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II di sini pada minggu ini.
Siling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar siling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.
Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan siling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.

Kaya dengan Perak

Perak meningkat dalam tempoh yang singkat. Tahukah anda kenaikan harga perak ialah 80% pada tahun lepas?
Pada 1/1/2010, harga perak ialah USD16.75. Kita lihat pula pada 2/1/2011, harga perak telah meningkat kepada USD 31.19
Hanya dalam tempoh 1-2 hari, peningkatan harga perak berlaku dengan mendadak, hebat!
Lihat graf dibawah :

Graf menunjukkan kenaikan harga perak pada 1 sehingga 2 Januari 2011 dan ternyata bahawa harga perak naik mendadak dalam masa dua hari sahaja!
Sudah pasti ia agak mengelirukan bagi anda yang merupakan “orang baru” dalam pelaburan perak. Jangan pening-pening, lihat cara pengiraan di bawah:
USD 31.19 – USD 16.75 = USD 14.44
ataupun
USD 16.75 x 85% = USD 14.23
Hal ini menunjukkan sebanyak 85% kenaikan silver atau perak yang berlaku pada tahun lepas. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM100,000 pada awal tahun lepas, tahun ini anda sudah mendapat keuntungan sebanyak RM70,000 . Hebatkan?
Jom lihat cara pengiraanya:
RM100,000 x (85%-15%(spread)
RM100,000 x 70% = Rm70,000
Pada 28.1.2011 pula, harga perak ialah USD 26.35. Mari kita lihat apa yang berlaku pada 14.3.2011 ,harga perak telah melonjak kepada USD 35.68.
Lihat Graf di bawah ini ya…

Graf diatas menunjukkan lonjakan harga perak dalam masa 3 bulan, iaitu januari 2011 sehingga mac 2011!
USD 35.68 – USD 26.35 = USD 9.33
ataupun
USD 26.35 x 35% = USD 9.22
Kenaikan perak berlaku secara terus menerus dan ini memang lumayan jika hendak dibandingkan dengan pelaburan emas.
Dalam tempoh 1 bulan setengah sahaja, perak menaik sebanyak 35%.
Apa pendapat anda sekarang…? bagaimana potensi pelaburan perak pada masa akan datang…???  saya serahkan pada nada unutk fikirkan….

Kenapa Anda Perlu Beli Perak Sekarang?

Berikut adalah dua puluh sebab-sebab perak mesti dijadikan sebagai satu pelaburan:
1- Logam Perak mempunyai permintaan yang tinggi dalam bidang industri.
2- Manusia di seluruh dunia berkeinginan pada logam perak
3-  Logam Perak mempunyai sumber yang terhad dan beberapa pakar percaya  simpanan perak akan habis pada 2030.
4-  Sejarah menunjukkan harga logam perak lebih murah terutamanya apabiladibandingkan dengan emas
5-  Kelemahan logam perak jelas terhad
6-  Perak digunakan di dalam semua produk elektrikal
7-  Perak selalunya merupakan produk sampingan bagi jenis perlombongan yang lain.
8-  Berdasarkan sejarah perak merupakan logam berharga yang dijadikan sebagai satu sumber kewangan.
9-  Syarikat kewangan telah menjual perak dan kini mesti  terpaksa membelinya  semula
10-  Kebanyakan deposit besar logam perak telah habis
11-  Orang ramai lebih tertumpu kepada perak ketika berada di dalam krisis
12-  Kebanyakan perak yang telah dilombong digunakan dan habis
13-  Kos untuk perlombongan perak merupakan dua kali ganda lebih tinggi daripadaharga jualan logam tersebut
14-  Kenaikan secara dramatik harga perak telah dicatatkan oleh sejarah
15-  Terlalu banyak logam perak yang telah dipajak dan perlu dibayar semula untukmendapatkannya kembali
16-  Perak amat penting kepada bidang industri jadi ia perlu dibeli walau apa juaharganya
17-  Kebanyakkan logam perak yang dimiliki oleh orang ramai pada ketika ini hanya akandijual pada harga yang tertinggi
18-  lima tahun merupakan tempoh yang diambil untuk meningkatkan hasilpengeluaran perak melalui perlombongan
19-  Perak mempunyai lebih banyak ciri ataupun jenis  yang berguna berbanding logam-logam yang lain
20-  Minat orang ramai terhadap perak sebagai satu cara pelaburan berkembang pesat

Emas dan Perak mana Lebih Untung???

Seperti yang kita tahu bekalan logam berharga adalah terhad sama ada yang berada di di Malaysia atau di dunia. Ini terbukti dengan kestabilan dan peningkatan pesat bagi harga logam berharga dalam tempoh beberapa tahun yang lalu.Satu sumber dikira bahawa harga emas telah meningkat 300 +% dalam 5 tahun yang lalu manakala yang kurang ‘popular’ sepupunya iaitu perak mempunyai empat kali ganda nilai.
Apa yang memacu kenaikan harga ini? Berikut adalah beberapa carta yang menggambarkan satu aspek atau faktor yang menentukan harga, permintaan(Demand)-bekalan(Supply).
Carta graf bar di atas menunjukkan penggunaan perak di dalam tiga sektor, iaitu sektor elektronik, panel solar, dan juga “Biocide” dari tahun 1999 sehingga kini. kita dapat lihat bahawa penggunaan perak dari semasa ke semasa adalah menigkat sama sekali, dan ini hanyalah ditunjukkan graf bagi tiga sektor sahaja! sudah tentu masih banyak lagi sektor di Malaysia yang menggunakan perak sebagai bahan.

Berdasarkan carta di atas kita boleh membuat satu kesimpulan, PERMINTAAN(Demand) jauh melebihi BEKALAN (Supply). Ia berlaku dengan perlahan tetapi harga perak di Malaysia dan seluruh dunia semakin meningkat. Jadi bilakah masa terbaik untuk membeli logam berharga ini? Saya tingggalkan kepada anda untuk membuat keputusan…
Assalamualikum wbt...
Perak satu pelaburan bijak...
perbezaan Perak dan Emas. Emas kenaikkan setahun 30-40% dan perak 70-89% setahun..
jutawanemasperak.blogspot.com
call sekarang 0128562426
 

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/2cIL8E83Jl4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

7 soalan penting Berkaitan Emas

Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
al rajhi bank
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
pelaburan emas
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
elakkan daripada terjerumus dalam riba
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
pelaburan forex haram
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.

Emas Pelaburan Bijak

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Nkn3UfY5oG0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Saranan Salleh

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.
...
Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.

Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

(kini Bursa Malaysia)

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas


GADDAFI


TRIPOLI - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.
Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.
"Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli," kata Qassem.
Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.
Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara.
Sementara itu, pemangku Menteri Kesihatan Libya, Naji Barakat berkata, sekurang-kurangnya 30,000 orang terbunuh manakala 50,000 lagi cedera dalam perang saudara sepanjang enam bulan di Libya
Lebih 4,000 orang lagi katanya, masih hilang sama ada telah terkorban atau menjadi tawanan di tiga bandar yang menjadi kubu kuat Gaddafi.
Libya memiliki penduduk seramai lebih enam juta orang.

Labur Emas Beli Tanah Lagi Kaya

Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lak.. bukan apa.. sebab semalam aku ada meeting ngan saudara H kat Bangi.. Untuk makluman.. Saudara H nii orang minyak.. Wahhh wahhh kekawan.. sekarang nii aku dapati.. ramai betoi laa anak-anak muda kita.. yang kekaya.. terutama mereka yang kerja oil n gas
Kumpulan nii.. duit banyak beb.. gaji mereka main belas ribu.. puluh ribu jee.. uyooo power gila laa korang
Al kisahnya macam nii.. baru-baru ni saudara H ada beli sebidang tanah.. tanah tuu tak besar pun.. sekar jee.. tapi lokasi tanah tuu cun beb.. tepi jalan besar.. sebelah-sebelah tanah.. dah pun ada rumah.. dekat lak ngan surau.. api.. air.. tipon.. semua kowtim.. cun beb
Cuma tanah tuu.. agak rendah sikit berbanding jalan.. tapi bagi aku.. tuu no problem tuu.. walau pun tanah rendah sikit.. tapi kalo kita pandai lantik akitek.. akitek yang kreatif.. apa barang tanah pun.. semua cun beb..
Pandai laa si akitek tadi.. nak design rumah idaman kita..
Untuk tuu.. semalam.. saudara H bercadang..  nak kasi tukar syarat tanah dia tuu.. dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman.. pastu baru dia nak pikir.. samada nak jual balik tanah tuu.. atau pun nak buat rumah atas tanah tuu.. ayooo ini macam orang pun ada ooo
Aku maleh nak cerita panjang.. jom kita kira sikit untung si saudara H nii..
KOS
Beli tanah sekar                                : RM350,000
Lantik lawyer urusan pindahmilik : RM5000.00
Lantik juruukur untuk ukur topografi tanah : RM3000.00
Lantik Townplanner untuk buat tukar syarat : RM6500.00
Premium tambahaan kepada kerajaan negeri : RM14,000.00
Bayar caruman parit : RM3500.00
Cukai baru : RM500.00
TOTAL : RM382,500
JUAL
Kalo laa saudara H jual sekaki persegi RM20.00 jee x sekar (43560kp) : RM871,200
UNTUNG
JUAL – KOS
RM871,200 – RM382,500 : RM488,700
Ayoo yooo.. untung RM488,700 oooo.. layan benda nii setahun setengah.. untung banyak macam tuu.. tak yah ada staf.. tak yah ada opis.. tak yah ada oberhed.. untung banyak tuu broo… nii tak adil nii.. he he he
Bagi pandangan aku laa.. bukan senang nak carik tanah yang harga ok.. pastu lokasi cun.. benda nii ambik masa sikit.. kadang-kadang tuu ambik masa setahun dua broo.. percaya laa.. susah..
Jadi kan.. bagi korang ada ada modal besar.. sementara korang dalam proses carik tanah tuu.. bagus korang park duit korang tuu.. dalam emas dulu.. sebab emas penyimpan nilai yang baik.. paling busuk pun.. prestasi emas sepuluh tahun sebelum nii..kenaikan dia.. lebih kurang 25% setahun.. kira ok laa tuu
Pastu bila korang jumpa tanah yang cun.. lokasi menarik.. harga ngam.. korang kasi cairkan emas tadi.. kasi jual emas tadi.. kasi layan tanah lak.. sebab untung tanah lagi syoookkk kekawan..  
Jadi kombinasi emas ngan tanah.. memang power gila brooo.. he he

Apa Itu Dinar Dan Dirham?

Barangkali ramai di kalangan umat Islam hari ini, mungkin masih lagi tidak mengenali apa itu dinar emas dan dirham perak. Di sini  sama – sama kita kongsi dari mana datangnya ia dan mari kita berkenalan dengan dinar emas dan dirham perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan Melalui Barang Kemas i-Series

___________ Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Baiklah, di dalam artikel saya yang lalu, saya telah berkongsi tips dengan anda mengenai cara memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. Anda boleh baca artikel ini disini:
Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.
Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.
Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold

Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)
Di dalam artikel yang lepas, saya telah memberikan 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Diantara tips-tips tersebut adalah:
1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)
2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)
3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.
4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).
6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.
Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat  yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.
Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.
Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my)  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).

Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.
Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.
Memang best :)
p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price di http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.
Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).
Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.
p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.
Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)
Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)
Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.
Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.

Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.
Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.
Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).

i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)
Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.
 Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.
Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.
Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.
Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!
Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.
Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.
Memang menguntungkan.

Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.
Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.
Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.

Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.
Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.
Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk di dalam i-Series.

Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk i-Series terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.
Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 50 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 50 sentimeter (±) 1 sentimeter)

Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)
Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.

Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter)
Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:
1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html
2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon ke office Public Gold (paling mudah)
3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.
p/s: Sekarang ada promosi. Bagi mereka yang menempah produk i-Series mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2011, anda tidak perlu membayar RM20 bayaran kos pengangkutan.
(sila inform staff Public Gold yang berkenaan yang anda melihat tawaran ini di laman web Jutawanemas.com)
Bagi mereka yang menempah dan mengambil produk di Penang, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.

Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Ini adalah alamat dan telefon untuk cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Main Office: Penang
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Telefon: 04-644 9999
Cawangan Penang
Bishop : No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang,
Telefon: 04-261 9999
Cawangan Sunway:
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-5634 8999
Cawangan Melaka :
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
Telefon: 06-317 5499
Cawangan Johor Bahru :
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-235 8999
Cawangan Sungai Petani, Kedah:
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Telefon: 04-423 2999
Cawangan Ipoh:
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Telefon: 05-242 8999
Cawangan Kuantan, Pahang :
A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-567 8916
Cawangan Kelantan:
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: 09-746 2999
Cawangan Kuala Terengganu :
16A, 1st & 2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Telefon: 09-626 3999
Cawangan Kuching, Sarawak:
3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-252 916
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...