Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa

Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)


Ringgit Terus Kukuh dan Emas Sentiasa Kukuh


RINGGIT dijangka terus mengukuh ke paras tinggi baru dalam tempoh terdekat, menuju paras RM2.97 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sebulan sebelum mencecah ke paras puncak pada RM2.93 dalam tempoh enam bulan.
Ahli Ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain, berkata unjuran itu dibuat berasaskan kepada kajian menerusi model econometrik mata wang tempatan.“Secara keseluruhannya, sebarang peningkatan tertakluk kepada aktiviti pengambilan untung dalam jangka panjang, justeru bakal menyaksikan unit itu menurun sekitar 2.97 bagi setiap dolar AS menjelang akhir 2011.“Selain dolar yang lemah berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari AS, jangkaan spekulasi mengenai potensi kadar dasar semalaman (OPR) domestik menolak naik unit itu ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada RM2.99 semalam,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Manokaran berkata, sejak Januari lalu, mata wang tempatan itu sudah meningkat hampir 2.4 peratus berbanding dolar AS.Ahli ekonomi itu berkata, ringgit yang lebih kukuh juga sebahagian besarnya adalah susulan spekulasi bahawa peningkatan inflasi baru-baru ini akan mempengaruhi pembuat dasar untuk menaikkan kadar faedah atau terpaksa akur dengan penurunan nilai benar mata wang jika tidak berbuat demikian.
Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 23 bulan kepada tiga peratus pada Mac, lebih tinggi berbanding 2.9 peratus pada Februari.Beliau menambah harga bulan ke bulan meningkat hanya sebanyak 0.1 peratus pada Mac berbanding 0.5 peratus pada Februari dan 0.6 peratus pada Januari.
Manokaran berkata, spekulator menganggap kenaikan faedah 25 mata asas sebanyak tiga kali oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Mac tahun lalu, meletakkan Malaysia antara negara yang pertama mengetatkan dasar monetarinya.
OPR Malaysia kini pada tahap 2.75 peratus manakala Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah dalam julat antara sifar dan 0.25 peratus sejak Disember 2008, katanya.“Perbezaan kadar faedah memihak kepada Malaysia berbanding AS, sekaligus menjadikan Ringgit lebih menarik berbanding dolar,” katanya. – BERNAMA

Dipenjara 120 hari kerana mencuri Emas

LOS ANGELES 23 April – Bintang Hollywood, Lindsay Lohan dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan perlu menjalankan kerja khidmat masyarakat di rumah mayat dan pusat wanita Los Angeles County kerana melanggar tempoh percubaan ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles County, Stephanie Sautner mendapati pelakon 24 tahun itu melanggar tempoh percubaan yang dikenakan ke atasnya kerana memandu dalam pengaruh dadah dan alkohol pada 2007 selepas dia mencuri kalung bernilai AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai barang kemas di Venice Beach, tempat dia tinggal.
Peguam beliau segera mengumumkan bahawa pelakon itu akan membuat rayuan berhubung hukuman tersebut, termasuk 480 jam khidmat masyarakat.
Lohan akan dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM225,000). - AFP

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,”

pix_gal0
Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.
Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Emas Punya Pasal Ramai yang Sanggup Terkoran dan Berkorban

MANILA 22 APRIL : Seorang pelombong maut dan kira-kira 40 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang meranapkan rumah dan jalan masuk berdekatan jalan masuk ke lombong emas awal pagi ini di selatan Filipina, kata pegawai.

Anggota tentera, polis dan pelombong berjaya menyelamatkan lima lelaki dan seorang wanita yang terperangkap dalam kejadian berkenaan serta sebuah terowong di perkampungan pedalaman, bandar Pantukan, wilayah Lembah Compostela.

Datuk Bandar Pantukan, Celso Sarenas berkata, helikopter tentera udara dan jentolak dihantar ke kawasan berkenaan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mereka yang hilang kebanyakannya pelombong emas haram dan keluarga dan yang sudah diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada kawasan tanah runtuh.

Pihak berkuasa sudah menutup terowong bagi mengelak kegiatan melombong emas secara haram

Manusia Memang Tidak Pernah Puas


Wanita dan emas bagai aur dengan tebing, sukar dipisahkan.


MEMANG fitrah manusia sentiasa tertarik epada harta dan suka mengumpulnya. Malah manusia tidak pernah puas dalam mengejar harta kekayaan. Hakikatnya, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang kecintaan dalam mengejar harta kecuali kematian.
Allah turut merakamkan kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud: Dijadikan indah pada (pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). (ali-Imran: 14).
Hakikatnya ramai yang alpa atau buat-buat terlupa bahawa harta yang dimiliki itu sebenarnya hak Allah SWT. Hak kita hanyalah sebagai 'pengurus' atau 'penjaga' yang pastinya akan ditanya dari mana harta itu dan ke mana ia dibelanjakan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali menganggap harta yang dimiliki hak mutlak kita dengan berbelanja sesuka hati termasuk ke jalan kemaksiatan dan kemungkaran.
Islam tidak menganggap kekayaan sebagai penghalang untuk berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kepada Allah.
Bahkan, Islam menyuruh umatnya mencari sebanyak mungkin harta. Syaratnya, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah SWT.
Malah, dalam al-Quran banyak disebutkan ayat yang menyeru umat Islam untuk mencari rezeki dan berusaha di atas muka bumi ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (al-Mulk: 15)
Manakala dalam surah al-Jumu'ah ayat 10 pula Allah SWT menuntut kita mencari dan mengumpulkan harta.
Malahan Rasulullah sentiasa berdoa agar dimasukkan dari kalangan orang yang kaya dan dijauhkan daripada kemiskinan dan kefakiran.
Yang pastinya, Islam tidak menyuruh umatnya hidup dalam keadaan miskin dan sentiasa mengharap simpati orang.
Persepsi yang menyebutkan bahawa jika ingin menjadi hamba yang soleh mestilah hidup dalam keadaan miskin bukanlah syiar Islam.
Ini pernah ditegaskan dalam buku karangan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi bertajuk Masalah Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya.
Dalam buku itu beliau mengatakan kemiskinan boleh membawa seseorang melakukan perkara yang menjejaskan akidah serta merbahaya kepada pemikiran, akhlak, masyarakat dan negara.
Untuk memastikan wujud keadilan antara yang miskin dan kaya, maka terdapat mekanisme zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang ada kemampuan.
Bagi zakat harta ia turut termasuk zakat emas terutama bagi golongan wanita yang suka berhias dan memakai barangan perhiasan daripada emas dan perak.
Malah ada yang yang menjadikan pembelian perhiasan emas dan perak sebagai satu hobi dan kemestian.
Sedangkan tanpa disedari di sebalik hobi atau kemestian sebenarnya ada kewajipan yang perlu diberi perhatian.
Eksekutif Zakat PPZ-MAIWP, Ahmad Husni Abd. Rahman memberitahu, kesedaran umat Islam di negara untuk mengeluarkan zakat emas dan perak menampakkan peningkatan.
"Ramai yang sudah mula sedar kewajipan berzakat dan menunaikannya. Ini dilihat menerusi statistik dari segi penambahan bilangan pembayar individu, syarikat dan sebagainya serta bilangan kutipan yang meningkat.
"Walaupun ada kesedaran yang baik tetapi masih perlu diusahakan kerana pasaran emas bukan lagi terhad kepada emas perhiasan atau emas yang disimpan dalam bentuk klasik semata-mata bahkan sudah melebar luas kepada emas dalam bentuk perdagangan dan pelaburan," katanya ketika ditemui selepas bengkel Kilauan Firdausi anjuran Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Felda Holdings Berhad dan Habib Jewels Sdn. Bhd.
Ujar Ahmad Husni, kebiasaannya bagi emas yang disimpan, tidak banyak isu yang dibincangkan.
Perkara yang sering menimbulkan persoalan sama ada wajid berzakat atau tidak ialah yang membabitkan emas yang digadai dan yang dipakai sebagai perhiasan.
Yang pertama terdapat pandangan yang mewajibkan zakat terhadap emas yang dipakai.
Pandangan ini dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin 'Ash, Sa'id bin al-Musayyab, Sa'id bin Jabir, 'Atha', Mujahid dan lain-lain lagi. Mazhab Hanafi, Zahiri dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.
Kedua, pendapat yang mengatakan tidak wajib zakat ke atas emas yang dipakai sebagai perhiasan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Umar, Aisyah, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik, Asma binti Abu Bakr dan beberapa orang lagi. Mazhab Maliki, Hambali dan pendapat yang ketara daripada Syafie dan Ja'fariyyah juga mendokong pendapat kedua ni.
Kata Ahmad Husni, setelah dilihat dan dikaji, kewajipan zakat emas yang dipakai ini dilihat kepada persoalan uruf (kebiasaan pemakaian) masyarakat setempat.
Jika ia melebihi keperluan, maka dianggap sebagai sesuatu yang bersifat berlebih-lebihan dan keluar dari norma keseimbangan.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih daripada keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.
Maka lebihan daripada uruf tersebut wajar dizakatkan. Uruf emas perhiasan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 150 gram.
Isu lain kata Ahmad Husni, adalah berkaitan nilaian untuk kiraan emas, sama ada dinilai secara purata atau mengikut harga semasa.
Perkara ini katanya, masih dalam perbincangan yang akan diumumkan keputusannya.
Melihat kepada nilai emas yang semakin tinggi menyebabkan emas bukan sahaja terhad sebagai barang perhiasan tetapi telah digunakan untuk pelaburan.
Jelas Ahmad Husni, emas pelaburan wajib dizakatkan. Ini berdasarkan kaedah fiqh dalam bab zakat dinyatakan: "Setiap harta yang berkembang atau mempunyai potensi pengembangan dan produktif, maka ia adalah tabungan untuk zakat."
Justeru, kecenderungan menjadikan emas sebagai komoditi harus dilihat kaedah zakatnya. Ia mungkin bukan lagi dalam bentuk emas itu sendiri secara fizikal tetapi lebih kepada pergerakan pelaburan yang mirip kepada zakat perniagaan.
Mengulas tindakan mereka yang lari daripada kewajipan menunaikan zakat, Ahmad Husni berkata, apabila seseorang itu telah mampu dan telah wajib untuknya mengeluarkan zakat tetapi dia melewatkan pengeluaran zakat maka terdapat dua kesan ke atas dirinya:
lBerdosa kerana dia dengan niat sengaja melewatkan pembayaran dan menjadi penghalang orang fakir untuk mendapatkan haknya.
lHak ganti rugi fakir miskin terhadap 'ain harta yang diwajibkan zakat walaupun semua hartanya musnah. Ini kerana dia sengaja melewatkannya tanpa alasan dan dia terpaksa menanggung risiko kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang berhak.

Harga Perak dan Emas Satu Perbandingan

Mari kita congak harga Perak...

Ramai yg bertanya apakah nisbah harga emas dan perak sekarang. Kebiasaanya, para analisis akan mengambil data secara purata. Ini bermakna,sesuatu data yg akan dikeluarkan akan diambil purata sama ada mengikut setiap bulan, tahun dan sebagainya. Utk analisis bersahaja atau congak.. mari kita lihat harga hujung minggu lepas dan buat perkiraan utk akan datang bagaimana agaknya nilai perak ini nanti..

* hanya pandangan peribadi sahaja utk dikongsi dan dibincang oleh rakan2 jika perlu

Harga di ambil pada 31 Dec 2010

Harga Emas :    USD 1421.60
Harga Perak : USD 30.91

Nisbah Emas:Perak
1:46

Sila lihat Graf nisbah emas dan perak berikut:



jika diambil pada harga Ringgit Malaysia ( USD xcange @ bnm  rm 3.084)

Harga emas per gram            rm 140.97
harga perak per gram          rm 3.065

Ini bermakna dgn nisbah 1:46 harga Perak 1 kg adalah lebih kurang RM 3100.
Jika nilai nisbah tersebut nerkurangan, ambil conton separuh drp sekarang iaitu 1:23
maka harga perak ketika itu ialah rm 3100 X 2 = RM 6200

Jika kita pergi jauh lagi sebagaimana hampir nisbah emas dan perak pada zaman Rasulullah iaitu 1:10
maka dgn kiraan yg terhampir 1:12 harga Perak ialah RM 12,400

* kiraan diambil dgn mengambil kira kadar pertukaran USD adalah mengikut 30 Dec 2010. Perubahan ketara akan  didapati jika berlaku perubahan pada kadar tukaran USD.

Hanya masa akan menentukan, dan apa yg pasti kebenaran harga perak meningkat telah terbukti. Insyaallah bersama-sama kita memikirkannnya demi utk kebaikan diri, keluarga dan agama tercinta.

Wallahu"alam







penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.



Sebahagian dinar emas yang terdapat dalam pasaran tempatan ketika polemik terus berlanjutan tentang sejauh mana daya maju logam berkenaan menggantikan penggunaan wang kertas dalam urus niaga sejagat. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 15 April - Pakar ekonomi dari University of Cambridge, United Kingdom, Lord Eatwell menyifatkan dinar emas tidak sesuai digunakan sebagai mata wang di peringkat antarabangsa. Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Penganalisis Kewangan dan Polisi University of Cambridge berkata, ini berikutan dinar emas tergolong dalam kategori komoditi yang mempunyai harga pasaran tidak menentu.
''Saya sendiri tidak berminat dengan emas. Ia tidak boleh digunakan di peringkat antarabangsa kerana kita tidak boleh menduga pasaran pada masa akan datang,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan pada Wacana Perniagaan dan Pengurusan: Mengangkat Teori dan Praktis di sini hari ini. Wacana itu dianjurkan oleh Pusat Perniagaan, Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia.
Dinar emas pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dijadikan mata wang dunia kerana ia menawarkan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas.
Tun Mahathir berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang.
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
"Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia," katanya.
Ketika ditanya tentang pandangan beliau mengenai Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi 1997 dan 2007, Eatwell berkata, Malaysia telah mengambil pendekatan yang betul.
Katanya, Malaysia menggunakan mekanisme tersendiri bagi mengelak daripada kerugian besar pada krisis ekonomi tersebut.
''Negara ini didapati telah belajar daripada pengalaman krisis ekonomi pada 1997 yang lalu dan telah bersedia berhadapan dengan krisis ekonomi kemudiannya,'' ujarnya.
Menurut Eatwell, pada krisis ekonomi beberapa tahun lalu, Malaysia tidak terlalu terjejas berbanding Thailand, Indonesia dan beberapa negara jiran yang lain yang kehilangan pendapatan yang tinggi.

Lonjakan harga emas Melampau



HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...