Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa

Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)


Kenapa perlu simpan Emas?

Kenapa perlu simpan Emas?

- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Pelaburan Emas di al-Rajhi Bank

BANK Al Rajhi, bank Islam terbesar dunia mengorak langkah setapak lagi dengan memperkenalkan skim pelaburan terbaru, Al Rajhi Gold-i yang membolehkan pelanggan membuat pelaburan dalam bentuk emas fizikal yang lebih selamat dan terjamin.
Pengarah Bank Runcitnya, Sabry Ghouse berkata, pelaburan emas sudah terbukti sejak ribuan tahun dahulu sebagai satu medium pelaburan dan mempunyai peranan penting untuk melindungi nilai sebenar wang terutama ketika ekonomi tidak menentu.

“Kami menawarkan urusan jual beli nilai sebenar emas tulen dari jenis 999.9 yang diperoleh dari Switzerland dengan pelanggan akan mendapat manfaat daripada pelaburan sebenar merangkumi risiko minimum ke atas pelbagai aset dan pemilikan pelaburan tunggal.
“Selain itu, skim ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti penukaran tunai ketika berdagang, penyimpanan yang selamat dan perlindungan Takaful bagi setiap emas yang disimpan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, pelanggan diberi dua pilihan untuk memilih emas dalam bentuk ketulan ataupun wafer dengan setiap satunya memiliki berat antara 5 gram hingga 1 kilogram selain harga ditetapkan bergantung kepada pasaran semasa.

Sabry berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan Pertubuhan Emas Sedunia pada tahun lalu, perhiasan dan barang kemas mempengaruhi permintaan terhadap emas fizikal serta syiling di pasaran secara tidak langsung menyaksikan pelabur dari beberapa negara seperti China dan India menjadikannya simpanan untuk jangka masa panjang.

Hadiah berbentuk dinar emas

Hadiah berbentuk dinar emas dan meraikan pasangan makan secara berhidang di restoran mungkin merupakan pilihan kerajaan negeri dalam memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar berkata apa yang dilakukan kerajaan negeri itu adalah mengikut kemampuan yang ada.

"Kita tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau mengada-ngada dalam memperkenalkan sesuatu program untuk faedah umum termasuk dalam memberi insentif kepada pasangan yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Wan Ubaidah, ia akan dibincangkan secara terperinci sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga berkata selebriti Salleh Yaakob, yang mempunyai empat isteri, mungkin diundang menghadiri satu majlis untuk dijadikan contoh pasangan berpoligami mengikut acuan yang dikehendaki Islam.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas, Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri bercadang memberi insentif kepada lelaki mendedahkan perkahwinan mereka secara polgami kepada umum bagi mengelakkan perselisahan faham dalam keluarga dan masyarakat.

ini video masa seminar semalam tapi tak boleh ambil semua sebab memori tidak besar. harap dapat manfaat sekalipun sedikit.

Kali Pertama Masuk Pejabat Public Gold Kuching

Assalamualaikum wbt...

Kali pertama masuk pejabat Public Gold Kuching. Sebelum ini tak pernah sebab tak buka lagi. Masa tengok iklan di atas maybank Islamic ada juga masuk tapi kena halau Jiran Public Gold. Kat tingkat 1. Masa tu seram juga sebab kena halau al-maklum tabiat manusia bila dikejar mesti mahu lari sekalipun tak buat salah.

Balik cerita masuk office Public Gold. Cantik juga disign dia. Maklumlah peniaga emas. Semuanya mesti emas. Jika muka emas pun perlu kena juga kena macam muka emas. Datang hari ini bukan saja-saja. Tapi hadiri seminar emas. Emas punya pasal mesti kita cepat kaya. Kata En. Hafizul Hakim simpan emas untuk pelaburan akan datang yang bijak. mana tidaknya emas makin naik. Tak pernah dengar emas jatuh harga seperti harga tahun lepas. mesti mahal punya.

Saya bukan pandai nak cerita tapi cerita yang angau-angau jelah.....tp ringkas emas satu pelaburan yang bijak. Satu lagi katanya Perak.

Emas Sebagai Pelaburan yang Paling Bijak

Masih banyak yang skeptikal dengan pelaburan emas. Kenapa? Kerana merasakan wang mereka hilang bila beli emas. Hehe.. inilah persepsi yg sangat tidak betul. Beli emas tak sama macam beli handbag LV atau plasma TV. 42 inch. Emas diterima di mana-mana – Nasib baik bawa emas sekilo. Kat negara jiran pun diorang terima. Ikut harga semasa pulak tu. Bukan harga masa beli berpuluh tahun dulu. Kawan sorang tu bawa duit RM50 satu bag. Nilai lebih kurang RM100 ribu. Kesian duit dia takde nilai. Bila negara perang, duit kertas jadi tak laku.. 3. Emas tidak dicukaikan – Kalau taknak jual sekilo emas, jual setengah kilo je. Balance emas boleh simpan, government tak boleh kenakan cukai pun. Sebelum ni pun simpan sekilo emas tanam bawah rumah je. 4. Emas sukar dibinasakan – Walaupun dah tanam 20 tahun lalu, masa darurat korek-korek tanah jumpa balik masih berkilau & tak rosak. Kalau tanam duit kertas sure dah reput. Nota: Setiap pelaburan ada lebihan dan kekurangannya. Jadi amatlah baik jika anda mempelbagaikan (diversify) portfolio pelaburan anda dengan emas.

Masih banyak yang skeptikal dengan pelaburan emas. Kenapa? Kerana merasakan wang mereka hilang bila beli emas.  inilah persepsi yg sangat tidak betul. Beli emas tak sama macam beli handbag jenama LV atau plasma TV 42 inchi.

Emas adalah alternatif portfolio pelaburan. Macamana kita laburkan wang kertas dalam hartanah, ASB & saham, begitu jugalah emas. Adakah kita rasa wang kita hilang bila kita labur dalam ASB? Tentu tidak bukan? Begitulah juga dengan emas. Duit kertas kita tak hilang bila beli emas. Cuma bentuk kekayaan kita je yang berubah dari wang kertas kpd emas (jongkong, syiling, dsb).

Sebagai salah satu portfolio pelaburan, emas mempunyai kelebihan yang tidak ada pada jenis pelaburan lain. Antaranya:
1. Emas mudah disimpan dan dibawa kemana-mana - katalah tiba-tiba negara darurat atau perang (nauzubillah), simpanan 200 ribu dalam ASB tak berguna. Kalau terpaksa tinggalkan tanah air utk selamatkan nyawa, apa yang paling mudah dibawa? Emas bukan? Ambil sekilo emas yg kita simpan berpuluh tahun tu, masuk kocek dan lari.. ala besar iphone je sekilo emas. hehe
2. Emas mudah dicairkan (high liquidity) - sampai negara jiran, sure kita dapat perlindungan & bantuan. Maklumlah pelarian… Tapi berapa lama sgt bantuan boleh diberi? Sampai masa kita kena juga berdikari. So jual emas sekilo tadi utk dapatkan modal nak teruskan hidup. Boleh beli rumah, modal niaga dan macam2.
3. Emas diterima di mana-mana - Nasib baik kita bawa emas sekilo. Kat negara jiran pun diorang terima. Ikut harga semasa pulak tu, bukan harga beli dulu-dulu. Kawan kita sorang lagi bawa duit kertas penuh satu bag, nilai lebih kurang RM100 ribu. Kesian dia duit dah takde nilai. Bila negara perang, duit kertas jadi tak laku..
4. Emas tidak dicukaikan - Kalau taknak jual sekilo emas, jual setengah kilo pun jadilah. Balance emas boleh simpan, government tak boleh kenakan cukai. Sebelum ni pun kita simpan sekilo emas tanam bawah rumah je. Mana ada pernah kena cukai. Harga emas naik adalah.. best! best! (Tapi zakat bayar la tiap2 tahun. Apalah sgt 2.5% dibandingkan dgn kenaikan emas purata 25%. Harta makin subur insya Allah)
5. Emas sukar dibinasakan - Walaupun kita tanam emas 20 tahun dulu, bila emergency korek-korek tanah jumpa balik emas tu masih berkilau & tak rosak. Kalau tanam duit kertas sure dah reput dek anai-anai..
Contoh di atas sengaja diberi dalam kondisi darurat/perang. Itulah waktu di mana emas paling bernilai. Zaman jepun dulu, duit pokok pisang seguni bawa kehulu hilir tak laku. Orang nak emas je. Zimbabwe macam mana pulak? google sendiri..

Setiap pelaburan ada lebihan dan kekurangannya. Jadi amatlah baik jika anda mempelbagaikan (diversify) portfolio pelaburan anda. Jika sebelum ini anda tak terfikir tentang emas sebagai portfolio pelaburan, sekarang anda dah tau. Jadi, jangan tunggu lagi. Beli emas sekarang sebelum terlambat

Mampukah Akan Menjadi Jutawan Dengan Memiliki Emas

Ramai yang tahu, terdapat pelbagai peluang pelaburan di luar sana. Namun begitu, tak perlu lah kita nak kata, “Pelaburan emas lebih baik berbanding pelaburan yang lain“. Dan tak perlu juga geng-geng rumah lelong kata,”Pelaburan rumah lelong jauh lebih baik daripada emas dan lain2“. Isu utama bukanlah pada apa yang kita laburkan tetapi isu utama ialah untuk melabur dengan bijak ke atas apa yang kita yakin, minat dan menjadi seorang yang benar2 mahir tentang pelaburan tersebut. Dan of course, pelaburan tersebut mesti patuh pada syariat Islam la.
Kalau kita cakap, “Pelaburan emas adalah pelaburan yang terbaik“, maka berduyun-duyun geng2 yang minat dan yakin dengan pelaburan rumah lelong akan list kan keburukan melabur dalam emas. Kemudian, geng2 emas ’serang’ balik dengan highlight seribu-satu keburukan dan kesusahan yang perlu di hadapai jika melabur dalam rumah lelong. Dan seterusnya…the chain reaction doesn’t stop.
Sedangkan, setiap orang mempunyai pengetahuan, minat dan circimstances hidup yang berbeza-beza. Maka sudah pasti pilihan yang di buat oleh mereka juga berbeza-beza. Susah atau pening kepala macam mana pun, kalau dah minat dan ada kemampuan serta pengetahuan, memang seseorang itu akan tetap terus dengan pelaburan tersebut sehinggalah matlamat mereka tercapai.
Dan…
…semua orang tahu bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Dengan melabur, ada orang yang rugi, ada orang yang untung. Ada juga yang untung besar selama berpuluh-puluh tahun dalam membuat pelaburan (i.e. Warren Buffet) dan ada juga sebaliknya.
Namun, kenapa Warren Buffet dapat jadi orang yang terkaya di dunia dengan hanya melabur? Adakah dia jadi kaya-kaya dengan semata-mata melabur dalam ASB dan mutual funds alike; the glorified “low risk-high yield” diversified portfolio investment?
Ramai juga yang risau dan tanya pasal gold bubble. Bagi saya, yang patut kita tanya ialah bagaimana pelabur2 yang berjaya menghadapi bubble phenomena ni?
Ada yang berfikir, “Jangan melabur kat emas lah sebab Warren buffet jadi kaya-raya sebab melabur dalam saham. Jom main saham je. Yang lain tak payah main“. Dah tu…Bill Gates, Donald Trump, Steve Job, Forbes dan lain2 jadi kaya raya sebab buat sebijik macam Warren Buffet ke? Nasib takde yang kata, “Jangan melabur kat apa2 pun. Kita buat software je sebab Bill Gates jadi orang terkaya di dunia dengan buat bisnes software. Benda lain tak yah buat. Gerenti tak kaya“. Wah! Orang lain yang kaya raya sebab buat benda lain daripada Bill Gates tu jadi kaya macam mana? Kongsi gelap? Diorang ada kilang cop duit? Adoii…itu semua adalah perbandingan yang tidak betul dalam menentukan pelaburan mana yang lebih baik.
Seperkara lagi ialah, ramai yang anggap orang2 kaya menjadi kaya-raya kerana mereka memang dilahirkan dalam keluarga kaya. Ramai yang beranggapan orang2 kaya dapat menjadi kaya-raya kerana mereka memang sudah kaya, maka mudah lah mereka nak melabur, buat bisnes itu dan ini untuk menjadikan mereka lebih kaya lagi. Kalau anda berfikiran seperti ini, percayalah..anda silap. Sebenarnya, mereka juga start from scratch, seperti saya dan anda.
Dan ingat ye, saya tulis ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’. Itu berbeza dengan ‘kaya’. Bagi saya, kalau duit baru berpuluh juta, itu baru tahap ‘kaya’. Belum lagi tahap ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’.
Selain itu, ramai yang refer kat saya pelbagai artikel dan maklumat berkenaan negativity dalam melabur dalam emas. Niat mereka baik. Mereka minta saya jelaskan dengan lebih lanjut. Saya suka orang sebegini dan bagi saya, orang sebegini ada potensi untuk menjadi kaya-raya melalui pelaburan kerana sikap mereka yang bijak.
Kenapa saya cakap macam tu?
Jawapannya ialah, mereka educate diri mereka sendiri tentang pelaburan yang mereka minati. Mereka educate diri mereka dengan bertanya pada orang yang lebih tahu, membaca buku dan artikel2, dan sebagainya.
Mereka calculate risiko yang perlu di hadapi, mereka lihat kemampuan mereka dan mereka letak matlamat dalam membuat pelaburan. Dan yang terlebih penting ialah, mereka bertindak. Bukan setakat fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu…sampai ke tua.
Inilah rata-rata perbezaan kita dengan orang2 seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Mereka fokus dan educate diri mereka setiap hari ke atas pelaburan yang mereka minat sehingga mereka menjadi sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan.
Mentor saya dalam industri emas ni yang saya kenal sejak belajar di MMU lagi, En Syukor Hashim… pernah bagitau kat saya lebih kurang macam ni, “Alif, awak spend RM1000++ dan pergi beli SEMUA buku2 berkaitan emas yang dijual di amazon.com. Kalau kita tahu apa yang kita buat, orang tanya la apa pun, insyaAllah kita boleh jawab“. Pastu, sambil membenarkan apa yang dia kata, saya gelak dan jawab balik, “Minggu lepas baru je saya beli 3 buku kat Kinokuniya KLCC. Itu pun tak habis baca lagi“. En Syukor jawab selambe je, “Kalau ada niat nak baca, awak akan baca. Kalau takde niat nak baca, memang tak baca lah“. Hehehe…kene sebijik Alip! :P (Tak lama lepas tu, saya pun terus beli 2 buah buku lagi berkenaan emas di amazon.com. Banyak lagi nak beli nanti nih).
Memang itupun yang dibuat oleh orang2 kaya. Mereka banyak membaca bahan bacaan yang berkualiti. Mereka buat networking dengan orang2 yang serious untuk berjaya. Kebanyakkan mereka mempunyai mentor dalam bidang yang berkaitan dan mereka juga selalu menghadiri seminar2 yang bagus2 untuk selalu check and balance akan progress mereka.
Dengan kata lain, mereka ni kaya bukan sebab mereka ada emas, saham dan sebagainya tapi mereka kaya kerana mereka berpengetahuan dan berkemahiran dalam apa yang mereka lakukan berkaitan emas, saham dan lain2.
Haaa…terlanjur type perkataan ’seminar’ ni, baru la teringat leteran orang2 Public Gold kepada saya untuk mengajak anda semua hadir ke seminar yang bertajuk “KRISIS KEWANGAN DAN PERANAN EMAS”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...