Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa

Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)


Pengalaman sebagai Sebagai Pengajaran Selamat Berpuasa

Tahun 2001, sy beli tanah 10 ekar rm13000, 2011 hrganye rm30000.
jika sy beli emas tahun 2001 rm13000 dapat beli 4kg emas, 2011 hrganya jadi rm700000. Jika sy beli perak 2001 rm13000 dpt beli 300kg perak, 2011 harganye rm1.7 juta. sepatutnya sy telah jd jutawan pd 2011 ini jika saya sedar kptgn emas dan perak sejak 2001....
Terjemahan hadis SAW: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. besabda: Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan umat manusia, maka simpanlah dinar(emas) dan Dirham(perak)
 

Terkini Arrahnu Bank Rakyat

rms_logo

Produk

Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim:
  1. Skim Ar-Rahnu
  2. Skim Az-Zahab

Tujuan

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
  • Menghapuskan unsur ‘riba' dalam urusan pajak gadai
  • Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

Had Pinjaman

Skim Ar-Rahnu
65% atas nilai marhun atau minimum RM100.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.
Nota: Jumlah maksimum pinjaman yang boleh diberi bagi setiap gadaian ialah 65% atas nilai marhun atau maksimum RM 10,000.00
Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara diberikan kepada Pengurus Kedai untuk meluluskan pinjaman di bawah RM100.00.
Skim Az-Zahab
75% atas nilai marhun atau minimum RM 10,001.00 dan maksimum  RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.
Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change juga ialah bayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa had atau tetapan. Tempoh Gadaian juga boleh dipanjangkan mengikut perundingan.


Kiraan Ar-Rahnu

Tatacara pengiraan bagi Ar-Rahnu adalah seperti di dibawah: -
Pengiraan upah simpan dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula berikut:
US  =  NM  X  (K/100)  X  12  X   (T/365)
US
Upah Simpan
NM
Nilai Marhun
T
Tempoh ( hari)
K
Kadar
Contoh 1
Nilai Marhun
=
RM 1,200.00
Jumlah Pinjaman
=
RM  780.00 (65% atas nilai marhun)
Tarikh Gadaian
=
15 Julai 2009
Tempoh
=
180 hari ( 6 Bulan)
Tarikh Matang
=
15 Januari 2010
Kadar Upah Simpan
=
RM 0.65

Harga Emas Sampai Ke paras Tertinggi dalam Sejarah

pix_gal0
Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.

Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Kenapa Anda Perlu Beli Emas dengan Admin Jutawanemasperak


Beli Emas dan Perak dengan saya. Saya bukan memuji dan angkat bakul sendiri. Saya yakin dan tidak akan menipu. Sebab setiap daging yang tumbuh dari rezeki yang haram tempatnya adalah neraka. Mungkin ini alasan yang abstrak. Tapi saya ada alasan yang lebih kukuh kenapa beli emas dan perak daripada saya.

1. Saya akan bagi harga yang lebih menarik
2. Harga yang munasabah
3. Kita buat urusan jual beli hanya emas publicgold dan saya buat urusan jual beli di publicgold kuching
4. ketulinan emas boleh terus dilihat sendiri di publicgold
5. Apa yang paling saling memahami antara pembeli dan penjual.
6. Berjanji akan beli emas atau perak yang dijual ikut harga semasa publicgold  we buy....

Temui saya di publicgold Kuching jika anda mahu beli emas dan perak.

call/sms saya 0128562426

Miliki Emas dan Perak Sekarang

Assalamualikum wbt...

Moga dimurahkan rezeki semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai penyimpan di Unit Trust. Sebagai penyimpan duit dalam unit trust. Saya selalu perhatikan banyak pelaburan di sini kurang memuaskan. Ini kerana nilai unit trust sangat bergantung kepada KLCI. Jika saham di KLCI turun unit trust juga terjejas. Saya sebagai pelabur Unit Trust rasa nak keluar sahaja dari unit trust bila fikir jika jual waktu sekarang sangat rugi sebab harga pasaran saham tidak menentu lebih-lebih lagi KLCI pada ketika ini. Baru sahaja nak naik 1592 dah turun balik turun 1580. Tak sampai-sampai 1600. Rasa sakit dibuatnya nak naik ke paras 1600. Tahun lepas pun sama tak pernah KLCI sampai 1600 sejak tahun lepas lagi sampai hari ini.

Saya sangat suka memerhati nilai saham jika hari-hari bawah paras yang sama sejak tahun lepas masih juga sama ini bererti ada sesuatu yang tak kena dengan ekonomi negara. Saya baru-baru ini menerima surat dari unit trust bahawa dividen tahun ini cuma RM650 sahaja. Sedangkan simpanan saya sudah mencercah RM13K. ini bererti unit trust beri lebih rendah dari ASB. ASB simpan 10k selepas setahun dapat RM875/8.75%. Saya terlalu percaya dengan unit trust yang dikata hebat tapi rupanya angau sahaja. Sebaikknya saya keluarkan duit itu masuk ASB lagi untung.

Bila difikir balik mana tempat nak simpan duit. Nak masuk Bank Rakyat dah penuh dan hanya diboleh masuk RM500 shj. Kalau masuk Bank Rakyat ada juga olehan tahunan RM1500. Tapi dah penuh. Macam mana ya...???? lalu saya terfikir apa kata saya masuk sahaja public gold beli emas dan perak. Saya mula melabur dalam emas sudah lama cuma tak aktif dan kata orang ambil peluang untuk berfikir panjang. Saudara mungkin tidak terfikir jika saudara beli emas tahun lepas keuntungan anda dapat RM2500 setiap 10k atau lebih jika anda jual semua emas yang anda miliki tahun lepas pada hari ini. Ini bererti emas sudah meningkat lebih 25% setahun.

Namun jika anda miliki perak dan anda beli tahun lepas anda akan dapat keuntungan 79% atau lebih. Contoh saya beli perak tahun lepas 2500 1kg harga perak sekarang sekitar RM4500 ini bererti nilai kenaikkan perak berbanding tahun lepas dengan tahun ini melebihi paras 79%. Jika anda miliki perak yang bernilai 10k yang dibeli tahun lepas jika dijual pada hari ini, ini bererti anda akan dapat keuntungan RM7900. Untung bukan jika anda beli perak tahun lepas. Tapi tahun lepas dah berlalu. yang pasti tahun depan akan datang. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini sebelum terlambat macam anda di tahun-tahun yang lepas. Ambil 80% wang simpanan anda beli emas dan perak sekarang. Pecah dua beli jika jumlah wang yang anda keluarkan RM10k 60% atau 6K beli perak dan 40% atau 4K beli emas. Jika anda mahu selamat jangan takut beli emas dan perak. Emas dan perak kali inflasi. Nak beli emas dan perak jumpa saya call/sms 0128562426

Anda takut nak simpan mana. jangan risau saya boleh tolong anda simpan emas dan perak anda dengan selamat bukan dengan saya tapi dengan anda sendiri. Yang ini rahsia, jika beli baru beritahu...hahaha.

Kenapa Anda Perlu Memiliki Silver

Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB.

Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, ini lah kelebihan emas dan perak penyimpan nilai terbaik.

Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 – Sumber SilverPrice.org

Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, perak dan simpanan ASB.

p/s : ASB 8.75%, emas 26%, perak 70%, pilih baik2 ya..



berminat beli perak call/sms saya 0128562526

Gambar Bersama Rakan Emas PublicGold Kuching 11/7/11





Apakah Anda Takut Ditipu Bila Melabur Dengan PublicGold?

Ramai yang beritahu rugilah saya bila melabur RM20K dengan PublicGold sedangkan hasil yang dapat mungkin 0 atau barangkali saya ditipu oleh PublicGold. Sebenarnya semua ini tidak akan berlaku dan harta anda RM20K itu tidak akan hilang. Saya beritahu jika anda berada di Kelantan dan saya berada di Sarawak sekalipun anda boleh lagi selamatkan harta emas anda.

Contoh mudah anda mahu jadi ahli dealer PublicGold. Anda beritahu saya melalui sms/call. Saya boking emas anda di publicGold ikut harga semasa. Duit anda jangan masuk dulu ke akaun saya. Anda cek dulu dekat publicGold ada tak boking emas 20K. Jika tak ada beritahu saya semula atau jika anda takut juga senang je pergi sahaja publicgold di Kota baharu dan isi borang dan tulis intriuser anda saya no. A4815 serta bankkan RM20K ke akaun publicgold terus dan ambil emas di situ. Mudah bukan anda pasti tidak akan ditipu. Banyak 20K itu. Kelebihan dealer banyak kawan selagi syarikat ini wujud. Jika tak wujud lagipun tak apa,  anda masih lagi selamat sebab anda sendiri yang simpan emas dan harta itu.

Jika anda jadi Dealer PublicGold anda akan nikmati banyak kelebihan


1.      Dapat Komisyen / Diskaun 1% hingga 2% daripada setiap belian
2.      Dapat Komisyen 0.5% daripada setiap jualan balik emas kpd PG
3.      Spread harga berkurangan kepada 6% kepada 2.5%
4.      Dealer boleh buat tempahan harga emas pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan sistem yang akan dibekalkan oleh pihak PG / Dealer / Master Dealer
saya akan tolong anda promosi dan letakkan nama anda di web jutawanemasperak ini.
Nama akan dipaparkan di lamab web PG sebagai ejen bertauliah
   
Duit yang anda laburkan itu hanya bertukar nilai. Dari duit kertas ke nilai emas, itu sahaja. Jika anda mahu balik wang anda, anda tidak perlu risau anda boleh tukar semula denga duit. Caranya sangat mudah pergi arrahnu yang mahu digadai emas publicgold tadi dan tukar emas anda dengan wang dengan cepat ikut harga semasa. Anda tidak perlu risau bukan. Sekarang dah  jadi duit balik dan leh pergi pasaraya shopiing...oh lupa, emas anda tadi ada upah simpan tak banyak ikut nilai yang anda pinjam. Lagipun emas itu boleh tebus semula. Tak payah lama 1bulan- 3 bulan cukuplah. Lepas itu pergi arrahnu itu bayar balik pinjaman dan upahnya sekali dapat balik emas anda. Jika mahu gadai semula boleh je. Lagi best jika ada promosi atau harga gadaian arrahnu naik. Biasanya harga gadaian emas boleh berubah jika harga emas meningkat selalulah masuk blog jutawanemasperak ini untuk lihat harga semasa emas.
Sebab itu jangan tunggu lama emas akan terus meningkat dan makin lama anda berfikir makin banyak kenaiikan emas. Makin cepat anda masuk makin selamat harta anda.Lihat perbezaan keuntungan emas dan perak 2010 dengan simpanan yang lain di atas Call/sms saya sekarang 0128562426. Jika  anda berada di Kuching Sarawak boleh jumpa saya terus. Produk publicGold ada tiga jenis emas, perak dan perhiasan emas kuning tulin 999.9/916.  Jadual Perbezaan harga emas selama 5 tahun 








Harga emas RM202.57 segram

Salam,,,, harga emas meningkat....

pix_gal0
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

Siapa kata Beli Emas Tidak Menguntungkan?

Saya beli rantai emas 2 utas dari Madinah Arab Saudi dengan harga RM70 segram yang beratnya 9gram 5 tahun lepas dan saya telah gadaikan rantai emas ini di Agro Bank hari ini tadi dengan harga RM1450 dan upah simpan RM16 sebulan. untung tak....? beli emas sekarang dan jual kemudian untuk dapatkan untung. Nak duit cepat pergi gadai kat Agro bank....

Hotel Emas


Swisshorn Gold Palace Hotel di Hong Kong : Sebagai usaha menarik pelangan yang ramai maka semua furniture hotel ini diperbuat daripada emas tulen.

Luas Bangunan ini 650m2 ,dari produsen perhiasan Lam Sai. . Mr Lam memutuskan untuk membina hotel mahal ini berasal dari keinginan Raja Han yang ingin membina istana dan dihadiahkan kepada isterinya.

Emas di Temui di Tokong...

Komando India menemui harta bernilai RM33.6 bilion di bilik kebal Kuil Sree Padmanabhaswamy di Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala di selatan India. - AFP

THIRUVANANTHAPURAM India 4 Julai - Komando India hari ini mengepung kuil Hindu zaman pertengahan di selatan India selepas menemui syiling emas dan batu permata bernilai berbilion dolar di bilik kebal kuil tersebut.
Menurut Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy, kira-kira 100 orang polis bersenjata mengawal Kuil Sree Padmanabhaswamy di ibu negeri Kerala, di sini.
"Harta bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil", katanya.
Sejumlah besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak, serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka minggu lepas, dan bilik kebal keenam dijadual dibuka hari ini.
Bekas hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee (RM66 bilion).
Rajan menganggotai sebuah panel tujuh ahli yang dilantik oleh Mahkamah Agung India untuk memantau pentaksiran harta tersebut.
Jelas beliau, bilik kebal ketujuh berdinding besi akan dibuka hanya selepas mendapat arahan baru daripada Mahkamah Agung.
Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik kebalnya sejak itu. - AFP

Pilihan Di Tangan Anda Beli Perak dan Emas Sekarang Call/sms 0128562426

Kisah Rasulullah (saw) dan pengemis buta


Mungkin kita pernah terlintas dgn kisah ini , keindahan akhlak Nabi Muhammad S.A.W mungkin jauh utk kita gapai , namun kisah bagaimana nabi melayani perempuan Yahudi buta yg mulutnya tidak lekang dgn cacian terhadap nabi mungkin bisa buat kita lebih "ikhlas" dlm bertukar pandangan mungkin :)

"Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun
yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis
Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.
Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,

"Siapakah kamu?".

Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang
yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut
setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya."

Sekarang Rebut Peluang Beli Perak

NEW DELHI 30 Mei – India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.
Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.
Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.
“Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.
“Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik,” kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.
India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.
Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.
Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.
“Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun,” kata Kothari.
Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.
“Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik,” kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.
Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. – Utusan Online / BERNAMA.

Bagi mereka yang ingin membeli silverbar / jongkong perak seperti gambar diatas boleh hubungi kami.Harga silver yang kami jual dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga semasa dunia.Sila call/sms saya jika anda mahu beli emas dan perak 0128562426

Zakat Emas dan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya :)
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...