Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa

Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)


7 soalan penting Berkaitan Emas

Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
al rajhi bank
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
pelaburan emas
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
elakkan daripada terjerumus dalam riba
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
pelaburan forex haram
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.

Emas Pelaburan Bijak

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Nkn3UfY5oG0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Gandakan nilai harta dengan melabur emas

Saranan Salleh

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.
...
Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.

Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

(kini Bursa Malaysia)

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas


GADDAFI


TRIPOLI - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.
Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.
"Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli," kata Qassem.
Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.
Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara.
Sementara itu, pemangku Menteri Kesihatan Libya, Naji Barakat berkata, sekurang-kurangnya 30,000 orang terbunuh manakala 50,000 lagi cedera dalam perang saudara sepanjang enam bulan di Libya
Lebih 4,000 orang lagi katanya, masih hilang sama ada telah terkorban atau menjadi tawanan di tiga bandar yang menjadi kubu kuat Gaddafi.
Libya memiliki penduduk seramai lebih enam juta orang.

Labur Emas Beli Tanah Lagi Kaya

Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lak.. bukan apa.. sebab semalam aku ada meeting ngan saudara H kat Bangi.. Untuk makluman.. Saudara H nii orang minyak.. Wahhh wahhh kekawan.. sekarang nii aku dapati.. ramai betoi laa anak-anak muda kita.. yang kekaya.. terutama mereka yang kerja oil n gas
Kumpulan nii.. duit banyak beb.. gaji mereka main belas ribu.. puluh ribu jee.. uyooo power gila laa korang
Al kisahnya macam nii.. baru-baru ni saudara H ada beli sebidang tanah.. tanah tuu tak besar pun.. sekar jee.. tapi lokasi tanah tuu cun beb.. tepi jalan besar.. sebelah-sebelah tanah.. dah pun ada rumah.. dekat lak ngan surau.. api.. air.. tipon.. semua kowtim.. cun beb
Cuma tanah tuu.. agak rendah sikit berbanding jalan.. tapi bagi aku.. tuu no problem tuu.. walau pun tanah rendah sikit.. tapi kalo kita pandai lantik akitek.. akitek yang kreatif.. apa barang tanah pun.. semua cun beb..
Pandai laa si akitek tadi.. nak design rumah idaman kita..
Untuk tuu.. semalam.. saudara H bercadang..  nak kasi tukar syarat tanah dia tuu.. dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman.. pastu baru dia nak pikir.. samada nak jual balik tanah tuu.. atau pun nak buat rumah atas tanah tuu.. ayooo ini macam orang pun ada ooo
Aku maleh nak cerita panjang.. jom kita kira sikit untung si saudara H nii..
KOS
Beli tanah sekar                                : RM350,000
Lantik lawyer urusan pindahmilik : RM5000.00
Lantik juruukur untuk ukur topografi tanah : RM3000.00
Lantik Townplanner untuk buat tukar syarat : RM6500.00
Premium tambahaan kepada kerajaan negeri : RM14,000.00
Bayar caruman parit : RM3500.00
Cukai baru : RM500.00
TOTAL : RM382,500
JUAL
Kalo laa saudara H jual sekaki persegi RM20.00 jee x sekar (43560kp) : RM871,200
UNTUNG
JUAL – KOS
RM871,200 – RM382,500 : RM488,700
Ayoo yooo.. untung RM488,700 oooo.. layan benda nii setahun setengah.. untung banyak macam tuu.. tak yah ada staf.. tak yah ada opis.. tak yah ada oberhed.. untung banyak tuu broo… nii tak adil nii.. he he he
Bagi pandangan aku laa.. bukan senang nak carik tanah yang harga ok.. pastu lokasi cun.. benda nii ambik masa sikit.. kadang-kadang tuu ambik masa setahun dua broo.. percaya laa.. susah..
Jadi kan.. bagi korang ada ada modal besar.. sementara korang dalam proses carik tanah tuu.. bagus korang park duit korang tuu.. dalam emas dulu.. sebab emas penyimpan nilai yang baik.. paling busuk pun.. prestasi emas sepuluh tahun sebelum nii..kenaikan dia.. lebih kurang 25% setahun.. kira ok laa tuu
Pastu bila korang jumpa tanah yang cun.. lokasi menarik.. harga ngam.. korang kasi cairkan emas tadi.. kasi jual emas tadi.. kasi layan tanah lak.. sebab untung tanah lagi syoookkk kekawan..  
Jadi kombinasi emas ngan tanah.. memang power gila brooo.. he he

Apa Itu Dinar Dan Dirham?

Barangkali ramai di kalangan umat Islam hari ini, mungkin masih lagi tidak mengenali apa itu dinar emas dan dirham perak. Di sini  sama – sama kita kongsi dari mana datangnya ia dan mari kita berkenalan dengan dinar emas dan dirham perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan Melalui Barang Kemas i-Series

___________ Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Baiklah, di dalam artikel saya yang lalu, saya telah berkongsi tips dengan anda mengenai cara memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. Anda boleh baca artikel ini disini:
Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.
Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.
Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold

Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)
Di dalam artikel yang lepas, saya telah memberikan 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Diantara tips-tips tersebut adalah:
1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)
2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)
3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.
4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).
6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.
Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat  yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.
Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.
Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my)  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).

Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.
Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.
Memang best :)
p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price di http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.
Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).
Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.
p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.
Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)
Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)
Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.
Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.

Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.
Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.
Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).

i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)
Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.
 Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.
Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.
Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.
Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!
Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.
Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.
Memang menguntungkan.

Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.
Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.
Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.

Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.
Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.
Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk di dalam i-Series.

Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk i-Series terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.
Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 50 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 50 sentimeter (±) 1 sentimeter)

Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)
Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.

Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter)
Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:
1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html
2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon ke office Public Gold (paling mudah)
3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.
p/s: Sekarang ada promosi. Bagi mereka yang menempah produk i-Series mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2011, anda tidak perlu membayar RM20 bayaran kos pengangkutan.
(sila inform staff Public Gold yang berkenaan yang anda melihat tawaran ini di laman web Jutawanemas.com)
Bagi mereka yang menempah dan mengambil produk di Penang, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.

Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Ini adalah alamat dan telefon untuk cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Main Office: Penang
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Telefon: 04-644 9999
Cawangan Penang
Bishop : No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang,
Telefon: 04-261 9999
Cawangan Sunway:
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-5634 8999
Cawangan Melaka :
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
Telefon: 06-317 5499
Cawangan Johor Bahru :
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-235 8999
Cawangan Sungai Petani, Kedah:
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Telefon: 04-423 2999
Cawangan Ipoh:
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Telefon: 05-242 8999
Cawangan Kuantan, Pahang :
A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-567 8916
Cawangan Kelantan:
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: 09-746 2999
Cawangan Kuala Terengganu :
16A, 1st & 2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Telefon: 09-626 3999
Cawangan Kuching, Sarawak:
3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-252 916
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...