Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.
Posted: 08 Aug 2011 06:10 AM PDT
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya

Makin banyak makin ceria
2. Kelebihan dari segi zakat emas (sila klik sini untuk topik zakat emas)
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal

Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.

Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!

Contoh: Rantai tangan yang putus.

Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.


Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Biasanya gred barang kemas adalah 916

Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak

Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak

Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)

Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.

Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter.

Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik
Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda.
p/s: 1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
2. Berminat mempelajari ilmu pelaburan emas dan teknik2 menjana keuntungan dengan emas di Malaysia dengan pantas? dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) . Anda akan mempelajari dengan pantas kaedah membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.
Pelaburan emas melalui barang kemas.
Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.
Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.
Kelebihan barang kemas.
Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya
Makin banyak makin ceria
2. Kelebihan dari segi zakat emas (sila klik sini untuk topik zakat emas)
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!
Kelemahan barang kemas.
Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3. Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.
Contoh: Rantai tangan yang putus.
Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.
5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.
Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.
Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?
Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.
Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.
Tips 2: Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.
Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.
Tips 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).
Biasanya gred barang kemas adalah 916
Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagiNanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke 18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k).
Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak
Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak
Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)
Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.
Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter.
Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a) Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b) Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja
Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh.
Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.
Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi? Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).
Kesimpulan.
Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik
Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda.
p/s: 1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
2. Berminat mempelajari ilmu pelaburan emas dan teknik2 menjana keuntungan dengan emas di Malaysia dengan pantas? dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) . Anda akan mempelajari dengan pantas kaedah membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.
Pengalaman sebagai Sebagai Pengajaran Selamat Berpuasa
Tahun 2001, sy beli tanah 10 ekar rm13000, 2011 hrganye rm30000.
jika sy beli emas tahun 2001 rm13000 dapat beli 4kg emas, 2011 hrganya jadi rm700000. Jika sy beli perak 2001 rm13000 dpt beli 300kg perak, 2011 harganye rm1.7 juta. sepatutnya sy telah jd jutawan pd 2011 ini jika saya sedar kptgn emas dan perak sejak 2001....
Terjemahan hadis SAW: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. besabda: Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan umat manusia, maka simpanlah dinar(emas) dan Dirham(perak)
Terkini Arrahnu Bank Rakyat
Produk
Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim:
- Skim Ar-Rahnu
- Skim Az-Zahab
Tujuan
- Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
- Menghapuskan unsur ‘riba' dalam urusan pajak gadai
- Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional
Had Pinjaman
Skim Ar-Rahnu
65% atas nilai marhun atau minimum RM100.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.
Nota: Jumlah maksimum pinjaman yang boleh diberi bagi setiap gadaian ialah 65% atas nilai marhun atau maksimum RM 10,000.00
Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara diberikan kepada Pengurus Kedai untuk meluluskan pinjaman di bawah RM100.00.
Skim Az-Zahab
75% atas nilai marhun atau minimum RM 10,001.00 dan maksimum RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.
Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change juga ialah bayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa had atau tetapan. Tempoh Gadaian juga boleh dipanjangkan mengikut perundingan.
Kiraan Ar-Rahnu
Tatacara pengiraan bagi Ar-Rahnu adalah seperti di dibawah: -
Pengiraan upah simpan dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula berikut:
US = NM X (K/100) X 12 X (T/365)
| US | Upah Simpan | NM | Nilai Marhun |
| T | Tempoh ( hari) | K | Kadar |
Contoh 1
| Nilai Marhun | = | RM 1,200.00 |
| Jumlah Pinjaman | = | RM 780.00 (65% atas nilai marhun) |
| Tarikh Gadaian | = | 15 Julai 2009 |
| Tempoh | = | 180 hari ( 6 Bulan) |
| Tarikh Matang | = | 15 Januari 2010 |
| Kadar Upah Simpan | = | RM 0.65 |
Harga Emas Sampai Ke paras Tertinggi dalam Sejarah
HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.
Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.
“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.
Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.
Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.
Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.
Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.
Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.
Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.
Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
Kenapa Anda Perlu Beli Emas dengan Admin Jutawanemasperak
Beli Emas dan Perak dengan saya. Saya bukan memuji dan angkat bakul sendiri. Saya yakin dan tidak akan menipu. Sebab setiap daging yang tumbuh dari rezeki yang haram tempatnya adalah neraka. Mungkin ini alasan yang abstrak. Tapi saya ada alasan yang lebih kukuh kenapa beli emas dan perak daripada saya.
1. Saya akan bagi harga yang lebih menarik
2. Harga yang munasabah
3. Kita buat urusan jual beli hanya emas publicgold dan saya buat urusan jual beli di publicgold kuching
4. ketulinan emas boleh terus dilihat sendiri di publicgold
5. Apa yang paling saling memahami antara pembeli dan penjual.
6. Berjanji akan beli emas atau perak yang dijual ikut harga semasa publicgold we buy....
Temui saya di publicgold Kuching jika anda mahu beli emas dan perak.
call/sms saya 0128562426
Subscribe to:
Posts (Atom)




