Hampir
90% masyarakat di dunia menyangka harga barang dan servis semakin mahal
dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘MONEY’ yang
sebenar. Sebenarnya harga barang dan servis adalah semakin MURAH hari
demi hari! Ini suatu kenyataan yang benar. Dari tamadun Yunani, Rom dan
sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai
‘MONEY’. Jika kita mengukur harga sesuatu barang berdasarkan emas dan
bukanya ‘paper money’, kita PASTI akan mendapati harga barang dan servis
semakin murah hari demi hari.
Sebagai contoh, pada tahun 2000,
dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini
berdasarkan harga emas 1 gram = rm30, dan rm1 = 5 biji kuih). Tetapi
pada tahun 2012, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 360 biji
kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm180, dan rm1 = 2 biji
kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram
emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 0.002
gram emas sahaja!
Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas kita
boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1
kilogram = rm30,000 dan ~rm30,000 = 1 kereta standard). Tetapi pada
tahun 2012, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebanyak 3 buah
kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm180,000 dan
~rm60,000 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun
2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun
2012 hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
No comments:
Post a Comment