Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa

Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)


Kelebihan Menjadi Penjual Emas Public Gold

publicgold logo2 Kelebihan menjadi Agen Public Gold

  1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.  (emas Public Gold sudah terkenal di seluruh negara)
  2. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil (spread)
  3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call/ melalui master dealer.
  4. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
  5. Agen diberi pamplet oleh syarikat sendiri serta nama anda akan dipaprkan di website Public Gold  bagi mewakili delaer di kawasan tuan.
  6. Public Gold memberi komisyen sebanyak Dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, Master Dealer 2% untuk jualan/belian agen.
  7. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
  8. Jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan. *beli ketika harga rendah jual stok ketika harga mahal
  9. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.
  10. Tiada yuran keahlian dan belian permulaan RM20.000 itu boleh dianggap sebagai melabur sambil menyediakan stok untuk berniaga.
Jika anda ingin meniaga EMAS biasa atau membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit anda perlukan.. tetapi dengan Public Gold anda hanya perlu membeli kali pertama RM20.000 seterusnya anda sudah bergelar usahawan EMAS!
* Emas ditangan anda boleh pula anda rempit menggunakan teknik “Rempitan al-Rahnu” untuk menambah stok atau menjadi dealer di

nak jadi ahli boleh konyeks saya 0128562426

Kenapa Perlu Melabur Dalam Pelaburan Emas?

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;
1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. icon smile Pelaburan emas, apakah yang terbaik? . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi  sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.
Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.
iklan: jual beli emas di beranang, emas rantai port dickson, jual emas gombak, serdang beli emas, kedai emas online di cheras, keramat jongkong emas, benang emas petaling jaya, subang gelang emas, pelaburan emas negeri sembilan
Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

Ceta Dari Web Kawan2

mmm lama dah xtulis ni …sampai ada pembaca yang setia dgn pdg ni tanya dah xberfungsi ka web ini….tekejut la juga.Sebenarnya pgd facebook mmg aktif  sebab kebelakanagan ni sibuk sikit dgn anak2 yg kluar masuk hospital (demam),balik kg kenduri,menyertai sukan dan selepas blk saya sdiri xsihat.
Pada 13/5/11 saya ada menghadiri Seminar emas oleh sifu En.Syukor Hashim di PG Srawak Branch….sebelum seminar ada seorang peserta kursus bertanyakan pada saya,betulkah ar-rahnu tak terima lg Gold bar/dinar PG lg.Tekejut la juga pada awalnya.tp selepas seminar ada kluar makan bersama rakan PGS,PG staff n sifu Syukor Hashim adala bersembang-sembang tentang ini.Di sini saya rumuskan serba sedikit dr sudut pandangan saya la.
1) Berkuatkuasa 16/5/11 ni semua agro bank (ar-rahnu) tidak akan memerima lg wafer/gold bar/dinar bukan PG punya sahaja semua jenis pun sama.(Di harap buat sementara waktu sahaja la).mungkin ada sebab tu..?( ada baik n buruknya tu).
2) Syarat/peraturan ini tidak termasuk emas yg telah ada didalam ar-rahnu.saya dipahamkan emas yg didalam masih boleh di sambung jangka masa pajakan tu (6+3+2) atau surat ya boleh diperbaharui.yg baru nak masuk n yg telah ditebus dan nak dibawa masuk semula tu yang dah xboleh.Tetapi syarat ini tidak melibatkan semua jenis barang kemas kecuali akaun dia dh penuhla hahahaha.
3) Baru-baru ni saya ada terbaca di utusan malaysia yg RHB pun nak buka ar-rahnu…boleh baca di link ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0429&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm&arc=hive saya harap ar-rahnu ini akan menerima semua jenis gold bar n dinar.
4) Apabila semua orang mula menyimpan emas, bank akan mula gelabah… pasal mereka tak dapat mencetak emas sebagaimana mereka dapat mencetak wang fiat ( bnm la ni )… pasal emas adalah wang yang sebenar. So, tidak mustahil bank akan cepat  kekurangan dana dan menyukarkan operasi mereka walaupun kaedah ni menguntungkan bank tapi bila dah ramai yg sedar peri pentingnya simpan emas ini.bank memerlukan dana yg besar utk operasi ini dan terpaksa dia kluarkan wang dahulu utk pinjaman yg kita buat ni.dasyatnya juga penangan emas ni.tp ada org  kata bank buat begini sb ada  compny guna program pinjaman/belian guna kaedah 35-65 % ni menyebabkan dana bank cpt habis.(betul la juga) bank kena kluarkan modal utk mereka yg nak beli emas dari company tu la pula. 65% lg tu dia kna support…mana larat kalu dah beratus ribu buat mcm ni.Dengan terlaksanakan ar-rahnu tidak lg memberi pinjaman sebegini, akan melenyapkan company2 yg buat cara skim ni akan terkubur.
5) Realitinya duit kertas tak akan pernah habis….kerajaan akan cetak lagi dan beri pinjaman lagi dan lagi dan lagi…kelebihan beli, simpan emas ni sebab ia lindungi kita(dari inflasi)…cuma bank tak boleh nak buat interest sb ar-rahnu sng ckp interest nya yg boleh dikenakan max ialah 1% x mcm yg lain2..tapi berhati-hati dgn pajakan…jgn sampai tersangkut! dlm tu kna tebus balik , jual n beli.nak jd cerita samalam saya p la juga tomei n habib cek2 harga kot2 la incase nak perlukan duit…haaha igt bank xnak ambik dh xlaku emas kita…rupa2 masih ok tp rendahla sikit…utk emas pg saya sarankan klau terdesak sgt jgn jual kat kdai emas ni jatuh smpai 20 – 25 % tu…jual blk pada pg cuma kurang 5-8 % ikut item nya la.tp klau sabar skit jual la pada org atau agen atas skit pada harga “buy back” tu.
ok la buat kali ni….saya akan update lg dr masa kesemasa pekembangan ini….harap2 esk ada berita baik selepas pihak pg ada perbincangan.tp nasihat saya jgn jd kan ini alasan kita tidak mahu menyimpan emas lg sekurang-kurangnya 20% dr potfolio simpanan kita mestilah dlm bentuk emas dan silver (insyallah kita xakan menyesal di kemudian hari)…..Dikhabarkan juga bahawa bank pusat yang dulunya menjualkan rizab simpanan emas mereka, kini sedang dalam usaha membeli semula ketulan emas kuning itu dan menjadikannya sebagai rizab simpanannya semula untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada matawang Dollar. http://www.publicgold.com.my/content/view/2893/98/lang,english/ cuba baca artikel ini…ini juga merupakan sb trun naik harga emas di pasaran.
sekian wasalam…..

Cerita Emas dari Rakan Blog

Jenuh Fairuz cari maklumat ini dalam computer semata-mata untuk berkongsi FAKTA yang sangat penting untuk semua pembaca emasfairuz.com.
Selalu sangat apabila banyak pilihan kita tak tahu memilih mana yang terbaik. Tak salah,  Fairuz pun memilih yang terbaik juga.  Ada ke pembaca di sini memilih yang terburuk dalam hidupnya? Hiks hiks.. Apabila Fairuz hantar COD pada pelanggan Fairuz, sembang-sembang mana sempat ini adalah soalan yang kerap pelanggan Fairuz tanya. Mana lebih untung simpan emas atau simpan perak?
Alhamdulillah, lepas ni sesiapa yang tanya cakap je pergi emasfairuz.com ada jawapannya pada artikel simpan emas dan perak.  Tak guna nak berdebat kalau tiada fakta kan?
Jom teliti perbandingan harga yang dijual oleh Public Gold, syarikat yang Fairuz wakili.

Harga emas dan perak pada 29 Januari 2010


Harga emas dan perak pada 20 Februari  2011

Jom kira kenaikan harga emas dan perak. Mesti ada tak sabar ambil kalkulator tu. Takpe-takpe Fairuz kirakan juga di sini khas untuk pembaca semua.   Hiks hiks.
% kenaikan harga emas 100g  = ( RM 15473-RM 13022 )/( RM 13022 ) * 100 = 18.82 %
% kenaikan harga silver  1kg  =  ( RM 4278-RM 2296 )/( RM 2296 ) * 100 = 86.32 %
Camner ? Dah dapat jawapannya ? Hik hik.  Cuba lihat semula artikel Fairuz terdahulu bertajuk ROI dan Teori Angka 72 disini. http://wp.me/p1mydh-u. Lagi tinggi ROI instrument pelaburan yang anda pilih lagi cepat wang anda akan digandakan. Fairuz percaya mesti ada pembaca dah ( $$$ _ $$$ ). Apa lagi jom beli emas, oopps silap perak dengan Fairuz .
Kejap-kejap jangan tergopoh-gapah pergi bank semua beria-ria nak beli perak ni. Sabar-sabar ye. Sabar itu separuh dari iman. ( Klise bukan tapi itulah kebenarannya ) .  Hiks hiks.
Sebelum melabur pastikan apakah tujuan pelaburan itu ?  Ada baik buruknya simpan emas atau perak ini.  Simpan emas kecairannya sangat tinggi. Anda boleh pajak dan gunakan ia utuk tujuan sementara macam artikel Fairuz bertajuk mengapa perlu menyimpan emas. Mesti tak baca ini ? Cepat baca kat link ini ye. http://wp.me/p1mydh-W
Simpan perak kecairannya sangat rendah buat masa ini. Sebab tiada lagi Ar-Rahnu di Malaysia yang menerima perak untuk pajak gadai lagi. Jadi untuk simpan macam biasa je. Tapi mana tau satu hari boleh pajak kan? Hehe. Masa tu Fairuz yakin jualan perak akan meletup tak ingat ( harap anda masa tu jangan lupa diri dan lupa ingatan pula ye.. Hehe )  sebab pulangan tahunan tinggi, lepas tu boleh pajak lagi. Itu tidak mustahil kerana sifat bisnes korporat ini sentiasa fikir macammana nak menggandakan keuntungan syarikat mereka melalui kepelbagaian produk.  Huhu.
Pilihan di tangan anda.  Duit itu duit anda. Hehe.. Kalau nak beli emas atau perak jangan lupa hubungi Fairuz ye. Jadi ejen pun Fairuz boleh tolong mana yang patut. Kecil tapak tangan, nyiru Fairuz tadahkan.

Bagaimana Mengenali Emas dan Perak

Barangkali ramai di kalangan umat Islam hari ini, mungkin masih lagi tidak mengenali apa itu dinar emas dan dirham perak. Di sini  sama – sama kita kongsi dari mana datangnya ia dan mari kita berkenalan dengan dinar emas dan dirham perak.

Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...