Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
Dealer Publis Gold(A4815) Sedia membeli Emas dan Perak Public Gold Ikut harga Semasa
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)
jutawanemasperak sila ke muslimmall.blogspot.om
Atau anda mahu jadi dealer GSR boleh temui sy di web saya
http://gsr2u.com.my/byahya
Anda Ingin Artikel anda berkaitan Emas dan Perak disiar di web ini sila hantar ke ium_ilham@yahoo.com
dan jadi Agen Public Gold/beli emas perak Sekarang sms/tel 0128562426 (0195716819 wakil Perak)Bagaimana Mengenali Emas dan Perak
Barangkali ramai di kalangan umat Islam hari ini, mungkin masih lagi tidak mengenali apa itu dinar emas dan dirham perak. Di sini sama – sama kita kongsi dari mana datangnya ia dan mari kita berkenalan dengan dinar emas dan dirham perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria dan bahagia selalu.
Setelah saya menyiarkan artikel: Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank (klik sini) saya dapat banyak soalan mengenai teknik pajak gadai Ar-Rahnu.
Ramai orang bertanya kepada saya mengenai cara-cara menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.
Betul ke boleh untung? hehehe… sudah tentu boleh untung. Kalau rugi buat apa saya nak share kat sini betul tak?
Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:
1. Tak pernah beli emas2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.
Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.
Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas nie
Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)
Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.
Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer.
.
.
Baiklah… sekarang saya akan terangkan teknik-teknik ini dengan lebih mendalam.
Untuk pengetahuan anda teknik ini adalah salah satu teknik di dalam ebook saya ”Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) .
Saya tambah beberapa gambar baru bagi memudahkan anda bayangkan proses ini secara visual.
Bagi yang berminat mengetahui cara-cara membuat pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas maka anda perlu membaca ebook ini (klik sini)
.
——————————-copy paste e-book start here—————————————–
Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.
Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.
Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.
.
Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
emas di dalam Ar-Rahnu.
Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
.
Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.
.
Disclaimer:
1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya.Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada
entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.
2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat
teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.
3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumat
tentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya.
Jika anda berminat mempelajari cara-cara membuat pelaburan emas
dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh
mendapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
Lepas tu praktikkan ilmu tersebut secepat mungkin (klik sini)
4. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada
blog ini. Ianya FREE
5. Ada komen? kongsikan komen anda di ruangan komen.
6. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan Facebook anda
Klik FB icon syorkan/recommend kat bawah sana. Mereka
akan berterima kasih kepada anda
HARGA EMAS DAN PERAK TENGAH MENJUNAM CEPAT BELI EMAS DAN PERAK
Bank Pusat Mula Membeli Emas, Harga dijangka Meledak Ke Paras $2000/oz!!
Alhamdulillah,
Kenaikan harga emas semakin memberangsangkan ekoran matawang Dollar yang semakin lemah selepas keputusan Federal Reserve yang mengekalkan kadar Interest kekal pada paras diantara 0-0.25%. Ianya bertujuan agar lebih ramai pengguna yang membuat pinjaman sekaligus melancarkan proses pemulihan ekonomi di Amerika.
Dikhabarkan juga bahawa bank pusat yang dulunya menjualkan rizab simpanan emas mereka, kini sedang dalam usaha membeli semula ketulan emas kuning itu dan menjadikannya sebagai rizab simpanannya semula untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada matawang Dollar.
Tindakan ini dijangka bakal meningkatkan permintaan ke atas komoditi berharga ini sekaligus melonjakkan harga emas sehingga ke paras sekurang2nya $2000 per oz menjelang akhir tahun 2011.
Kepada yang masih belum membeli emas, rebut peluang ini segera dan jika anda mahu menggandakan keuntungan di dalam pelaburan emas fizikal ini, ayuh kita bersama menjadi Ahli Perniagaan emas bersama Public Gold!
Hubungi saya segera untuk bimbingan kewangan, pelaburan, perniagaan dan juga untuk membeli emas!!
www.pelaburjutawan.com
- Posted from my Ipad
28 April 2011
Kadar Interest U.S Kekal Rendah, Harga Emas Melonjak Tinggi
Alhamdulillah,Selepas berita kadar interest semalaman (Overnight Interest Rate) di Amerika di kekalkan pada paras 0.25% sejak krisis sub prima pada tahun 2008, harga emas kembali melonjak tinggi ekoran matawang Dollar yang terus melemah.
Permintaan ke atas komoditi berharga ini juga meningkat ekoran keputusan oleh Federal Reserve untuk membeli semula Bond Kerajaan bernilai 600 Billion bagi tujuan menyuntik dana tambahan kepada bank-bank setempat.
Harga emas dijangka mencecah ke paras $1700 per oz dalam jangkamasa 12 bulan yang akan datang. Kepada sesiapa yang masih belum membeli emas, tukarkan lah simpanan wang kertas yang semakin susut nilainya kepada ketulan-ketulan emas yang terjamin kenaikan nilainya.
Semakin lama anda menyimpan wang kertas, walaupun jumlahnya semakin banyak, tetapi malangnya hanya sedikit emas yang dapat dibeli, dan walaupun hanya sedikit emas yang anda miliki/simpan, tetapi semakin lama anda menyimpannya, semakin banyak wang kertas yang anda akan perolehi apabila anda menukarkannya semula kelak.
Faktor yang mempengaruhi harga emas dunia
Tajuknya: Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.
Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).
Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas. Jika ada soalan, sila letakkan di bahagian komen atau ruangan sembang-sembang emas.
Jika anda berminat dengan bacaan mendalam, sila download fail PDF ini:
1. Gold Market Knowledge – Supply and demand (Download)
2. Gold Prices and Pricing (Download)
Rujukan laman web:
1. http://www.marketknowledge.gold.org/
Bacaan berkaitan membeli emas:
Topik ini huraiannya sangat panjang, tapi saya ringkaskan untuk memberi kefahaman kepada anda semua.
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.
Permintaan emas di pasaran dunia.
Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.
Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di pasaran dunia.
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).
Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com
Bagaimana harga emas harian dibuka?
Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas. Jika ada soalan, sila letakkan di bahagian komen atau ruangan sembang-sembang emas.
Jika anda berminat dengan bacaan mendalam, sila download fail PDF ini:
1. Gold Market Knowledge – Supply and demand (Download)
2. Gold Prices and Pricing (Download)
Rujukan laman web:
1. http://www.marketknowledge.gold.org/
Bacaan berkaitan membeli emas:
Bin Laden Terbunuh, Harga Minyak dan Emas Jatuh- Peluang Beli Emas
Para analis memperingatkan hal itu jauh dari akhir faktor risiko politik yang telah meningkatkan biaya bahan baku dan energi dunia. Komoditas dalam denominasi dolar juga didorong turun oleh menguatnya greenback dari terendah tiga tahun karena berita.
"Penurunan harga akan berumur pendek," kata Carsten Fritsch, analis komoditas di Commerzbank di Frankfurt, Jerman.
Perang di Libya, kerusuhan di Timur Tengah dan peluang pembalasan setelah kematian pemimpin Al-Qaeda masih cukup untuk mengkhawatirkan pasar minyak, yang telah 'rally' sekitar seperempat tahun ini di tengah kekhawatiran gangguan pasokan.
"Bicara bahwa premi risiko akan berkurang karena kematian bin Laden terlalu dini. Premi risiko tinggi karena perang di Libya dan kerusuhan yang sedang berlangsung di Timur Tengah dan itu tidak mungkin untuk berubah," tambahnya.
Minyak mentah berjangka Brent untuk pengiriman Juni turun 4,22 dolar AS menjadi serendah 121,67 dolar AS sebelum meningkat kembali ke 124,42 dolar AS pada 12.15 GMT (19.15 WIB). Bulan lalu Brent mencapai tertinggi 32-bulan di atas 127 dolar AS.
Minyak mentah AS turun 1,42 dolar AS pada 112,51 dolar AS per barel. Spot emas turun menjadi hampir 1.540 dolar AS per troy ons setelah sebelumnya mencapai rekor tinggi baru pada 1.575,79 dolar AS.
Pada 12.19 GMT harga emas pulih sebagian menjadi 1.552,35 dolar AS per troy ons terhadap 1.563,65 dolar ASdi New York pada akhir Jumat.
Perak jatuh 10 persen. Penurunan paling tajam sejak akhir 2008, terpukul dolar, meningkatkan marjin untuk perdagangan berjangka dan sebuah overhang teknikal setelah 'rally' 170 persen selama 12 bulan ke rekor tertinggi pada minggu lalu.
"Perak dalam sebuah kecelakaan menunggu untuk terjadi, dan sepertinya telah terjadi perusakan 'bumper' hari ini," kata David Thurtell, seorang analis di Citigroup.
Perak ditawarkan di 45,00 dolar AS per troy ons pada 12.19 GMT, setelah sebelumnya jatuh serendah 43,04 dolar AS.
Menurut para analis, permintaan kuat Meningkatnya permintaan global juga memastikan penurunan seluruh komoditas terbatas."Saya akan menebak bahwa kematian bin Laden akan menyediakan setidaknya beberapa bantuan sementara untuk tekanan pada harga komoditas secara umum," kata David Cohen dari Action Economics di Singapura.
"Namun, saya akan menekankan bahwa dukungan kunci lain untuk minyak dan komoditas baru-baru ini telah didasari pertumbuhan permintaan global."
Kebijakan moneter sangat longgar dan permintaan investasi yang tahan inflasi, termasuk minyak dan emas, juga telah mendukung pasar dan tidak akan menguap setelah kematian bin Laden.
Kontrak berjangka jagung dan gandum Chicago turun sekitar satu persen pada Senin setelah kematian pemimpin Al-Qaeda. Jagung, yang dikaitkan dengan harga minyak mentah karena penggunaannya dalam etanol, juga berada di bawah tekanan tambahan dari perkiraan peningkatan cuaca di Midwest AS, yang meningkatkan harapan kemajuan dalam penanaman yang tertunda tahun ini.
Harga jagung untuk Mei di Chicago Board of Trade jatuh 1,03 persen menjadi 7,46-1/4 dolar AS per gantang (bushel) pada 11.30 GMT dan gandum turun 1,01 persen menjadi 7,61-1/2 dolar AS per gantang.
Pasar di sebagian besar Asia dan sebagian besar Eropa ditutup untuk May Day dan libur hari Buruh, mengurangi jumlah pelaku pasar dan membuat perdagangan volatile
Ringgit Terus Kukuh dan Emas Sentiasa Kukuh
RINGGIT dijangka terus mengukuh ke paras tinggi baru dalam tempoh terdekat, menuju paras RM2.97 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sebulan sebelum mencecah ke paras puncak pada RM2.93 dalam tempoh enam bulan.
Ahli Ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain, berkata unjuran itu dibuat berasaskan kepada kajian menerusi model econometrik mata wang tempatan.“Secara keseluruhannya, sebarang peningkatan tertakluk kepada aktiviti pengambilan untung dalam jangka panjang, justeru bakal menyaksikan unit itu menurun sekitar 2.97 bagi setiap dolar AS menjelang akhir 2011.“Selain dolar yang lemah berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari AS, jangkaan spekulasi mengenai potensi kadar dasar semalaman (OPR) domestik menolak naik unit itu ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada RM2.99 semalam,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Manokaran berkata, sejak Januari lalu, mata wang tempatan itu sudah meningkat hampir 2.4 peratus berbanding dolar AS.Ahli ekonomi itu berkata, ringgit yang lebih kukuh juga sebahagian besarnya adalah susulan spekulasi bahawa peningkatan inflasi baru-baru ini akan mempengaruhi pembuat dasar untuk menaikkan kadar faedah atau terpaksa akur dengan penurunan nilai benar mata wang jika tidak berbuat demikian.
Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 23 bulan kepada tiga peratus pada Mac, lebih tinggi berbanding 2.9 peratus pada Februari.Beliau menambah harga bulan ke bulan meningkat hanya sebanyak 0.1 peratus pada Mac berbanding 0.5 peratus pada Februari dan 0.6 peratus pada Januari.
Manokaran berkata, spekulator menganggap kenaikan faedah 25 mata asas sebanyak tiga kali oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Mac tahun lalu, meletakkan Malaysia antara negara yang pertama mengetatkan dasar monetarinya.
OPR Malaysia kini pada tahap 2.75 peratus manakala Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah dalam julat antara sifar dan 0.25 peratus sejak Disember 2008, katanya.“Perbezaan kadar faedah memihak kepada Malaysia berbanding AS, sekaligus menjadikan Ringgit lebih menarik berbanding dolar,” katanya. – BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)